View: 8184|Reply: 0
|
Ten Hag kecewa, tiket Liga Juara-Juara hampir terlepas
[Copy link]
|
|
PENGURUS Manchester United, Erik ten Hag.
London: Slot ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tampak semakin samar buat Manchester United selepas terikat 1-1 dengan Brentford, awal pagi tadi.
Sebaliknya Aston Villa yang merakam kemenangan 2-0 ke atas Wolves semakin mengukuhkan kedudukan di tangga keempat dengan melebarkan jarak kepada sembilan mata buat menyukarkan United mengejar Villa.
Jaringan Mason Mount dalam masa tambahan pada minit 96 gagal dipertahankan oleh anak buah Erik ten Hag apabila Kristoffer Ajer muncul penyelamat Brentford tiga minit kemudian untuk kedua-dua pasukan hanya berpuas hati meraih satu mata.
Selepas aksi itu, Ten Hag jelas kecewa dengan keputusan perlawanan ketika skuad kendaliannya berpotensi untuk membawa pulang tiga mata maksimum selepas berjaya mendahului terlebih dulu di lewat permainan.
"Kami sepatutnya boleh melakar kemenangan dan bawa pulang tiga mata, tetapi akhirnya kami dikecewakan di atas kelekaan pasukan beberapa saat sebelum perlawanan berakhir," kata Ten Hag.
"Biarpun mungkin kami tidak layak (memenangi perlawanan), namun ia sangat mengecewakan untuk meraih keputusan seri ini".
Kegagalan United itu menyaksikan mereka semakin hampir mengucapkan selamat tinggal kepada saingan UCL musim depan ketika aksi liga hanya berbaki sembilan perlawanan untuk ditamatkan.
Skuad Red Devils kini berada di tangga keenam dengan 48 mata hasil 15 kemenangan, 11 seri dan tiga kekalahan dalam 29 aksi setakat ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ara-hampir-terlepas |
|
|
|
|
|
|
| |
|