View: 1989|Reply: 0
|
Aksi persahabatan tingkatkan kemampuan skuad B-23 negara
[Copy link]
|
|
SIKH Izhan Nazrel Sikh Azman.
Kuala Lumpur: Perlawanan persahabatan menentang China dan Qatar bakal menentukan kemampuan sebenar skuad bawah 23 tahun (B-23) negara dalam mengharungi kempen Piala Asia B-23 bermula 15 April ini.
Penjaga gol skuad B-23 negara, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman berkata, dua pertemuan persahabatan harus dimanfaatkan sebaik mungkin dalam meningkatkan lagi kemampuan pasukan muda negara itu.
Katanya, skuad B-23 negara ketika ini berada dalam kondisi terbaik dan berharap momentum dapat terus dikekalkan dalam usaha memperoleh keputusan positif di pentas Piala Asia B-23.
"Dua perlawanan persahabatan ini sangat abik supaya kita dapat lebih bersedia untuk perlawanan besar nanti.
Lagi Berita
"Walaupun liga belum bermula tetapi saya lihat pemain menunjukkan kesungguhan dalam sesi latihan. Saya yakin semua pemain akan bersedia sepenuhnya dengan perancangan yang disusun barisan kejurulatihan," katanya.
Sebagai rekod, skuad B-23 sudahpun berlepas ke Qatar, awal pagi tadi dan Piala Asia B-23 bagi edisi kali ini menyaksikan mereka diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Kuwait dan juga Vietnam.
Pada masa sama, penjaga gol berusia 22 tahun itu mahu menggunakan pengalamannya 'berguru' bersama skuad kebangsaan untuk membantu skuad bimbingan Juan Torres Garrido di Qatar nanti.
"Saya pernah ke Qatar bersama skuad senior jadi ini kali kedua saya ke sana. Saya akan bawa pengalaman bersama skuad senior ke skuad B-23.
"Peluang memang sukar tetapi saya rasa boleh buat sehabis baik untuk keluarga dan kita mahu layak ke Sukan Olimpik 2024. Ini adalah sasaran utama kita," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-skuad-b-23-negara |
|
|
|
|
|
|
| |
|