CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1009|Reply: 0

Setiap jaringan penting buat saya - Syafiq Ahmad

[Copy link]
Post time 31-3-2024 04:13 PM | Show all posts |Read mode

PENYERANG KDA FC Syafiq Ahmad mula mengasah ketajamannya untuk menghadapi Liga Malaysia musim ini. FOTO KDA FC

Alor Setar: Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad mengakui setiap jaringan yang dihasilkannya dalam tempoh pramusim begitu penting buat dirinya dalam mengejar tahap prestasi terbaik untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini.

Menyedari peluang yang terhidang untuk kembali menyengat bersama Sang Kenari musim ini, pemain yang dipinjamankan oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) ini enggan mempersiakan peluang diberikan.

"Walaupun hanya perlawanan 'sparring' seperti ini, saya tetap anggap setiap jaringan cukup penting dalam aspek meningkatkan lagi tahap perkembangan permainan saya.

"Gol peribadi yang saya cari dalam tempoh pramusim memang penting, namun membantu untuk memberi kemenangan pasukan itu juga penting kerana ianya memberi keyakinan buat pasukan yang kini memulakan aktiviti pramusim kali ini.


"Tahap kecergasan semua pemain pula masih belum berada pada paras 100 peratus setakat ini, memandangkan kita baru sahaja berlatih dalam tempoh tiga minggu.

"Namun saya yakin kami secara berperingkat sedang membina tahap kecergasan dan keupayaan yang pasukan sasarkan," katanya ketika ditemui selepas aksi menentang Penang FC B-23 di Stadium Sultan Abdul Halim, Jumaat lalu.

Pada aksi berkenaan, KDA FC yang turut disertai pemain import baharu seperti Sony Norde, Sukhrob Nurullaev dan Habib Haroon berjaya menewaskan lawan dengan 4-0 hasil jaringan Syafiq pada minit ke-86, selain jaringan Akmal Zahir, Loqman Hakim dan Rizal Ghazali.

Dalam perkembangan sama, Syafiq juga yakin dengan kemasukan beberapa pemain lain yang berpengalaman seperi Rizal, Irfan Zakaria, Zamri Pin, Faiz Nasir dan Afeeq Ikmal mampu memperkukuhkan skuad kendalian Nafuzi Zain.

"Bagi saya, pemain-pemain tempatan yang kini bersama pasukan pada musim ini memilki tahap permainan yang baik serta persefahaman mereka bersama semua pemain import berada pada tahap terbaik berdasarkan pengalaman yang mereka lalui selama ini.

"Jadi dengan taktikal yang sedang dicorakkan oleh ketua jurulatih, saya yakin kombinasi kami mampu membentuk skuad yang mantap seperti yang dirancangkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... t-saya-syafiq-ahmad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.462180 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list