View: 6301|Reply: 0
|
Kejayaan paling bermakna buat Sivasangari
[Copy link]
|
|
SIVASANGARI meraikan kemenangan sejurus tamat perlawanan menentang Hania. FOTO SRAM
Kuala Lumpur: Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari mengakui kejayaan melakar sejarah kali pertama menjuarai kejohanan Jelajah PSA Emas di Klasik London 2024 sememangnya cukup bermakna kepada dirinya selepas selama ini hanya menyaksikan nama-nama besar mendominasi saingan beprestij itu.
Ia juga kejayaan pasti akan diingati selepas berjaya bangkit daripada insiden dua tahun lalu yang menyaksikannya mengalami kecederaan di bahagian muka dan tulang belakang akibat terbabit kemalangan kereta sekali gus mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.
Pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022 itu mempamerkan aksi konsisten sepanjang minggu kejohanan berprestij itu selepas menewaskan pemain ranking pertama dunia dari Mesir, Nour El Sherbini di suku akhir.
Dia kemudian menumbangkan pemain nombor empat dunia dari Belgium, Nele Gilis pada aksi separuh akhir untuk mara ke final kejohanan bertaraf emas buat kali pertama.
Pada aksi final semalam, Sivasangari sekali lagi bermandi peluh untuk menewaskan pemain nombor dua dunia, Hania El Hammamy dari Mesir 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 dalam tempoh 81 minit pada perlawanan berlangsung di Alexandra Palace London sekali gus melakar sejarah peribadi buat dirinya.
"Ia cukup bermakna. Saya rasa ketika kali terakhir saya beraksi di kejohanan bertaraf emas, saya tewas di suku akhir tetapi kali ini dapat mara ke final dan ia satu perasaan yang agak gila.
"Saya selalu menyaksikan Sherbini, Nele dan Hania beraksi di separuh akhir tetapi kali ini untuk benar-benar memenangi kejohanan ini sangat menggembirakan dan saya bangga dengan bagaimana saya melakukannya.
"Saya tidak akan dapat melakukannya tanpa bimbingan jurulatih dan penaja saya. Tanpa mereka saya tidak akan berada di sini sekarang. Saya akan hubungi keluarga dan jurulatih kerana mereka, saya memenangi kejohanan dan ia adalah satu perjalanan yang sukar dipercayai selepas apa yang berlaku dua tahun lalu," katanya kepada PSA World Tour.
Mengulas aksi final itu, Sivasangari yang menduduki ranking ke-13 dunia mengakui ia perlawanan yang cukup sukar dengan Hania sering memberikan tentangan sengit sehingga hujung perlawanan.
"Hania adalah pesaing utama saya sejak zaman remaja. Saya sepatutnya dapat memenangi perlawanan di set keempat tetapi gagal melakukannya dan pada set terakhir, saya cuba kekal tenang.
"Dia (Hania) masih memberi saingan sengit dan bangkit meraih mata tetapi saya gembira dengan cara saya menang," katanya.Untuk rekod, kemenangan itu membolehkan Sivasangari membawa pulang hadiah wang tunai AS$17,598 (RM83,141).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... na-buat-sivasangari |
|
|
|
|
|
|
| |
|