View: 6467|Reply: 0
|
Liverpool akan tergelincir
[Copy link]
|
|
PENGURUS Arsenal Mikel Arteta memberi arahan kepada Jesus ketika menentang City.
London: Gabriel Jesus dan Arsenal terlepas peluang untuk kekal di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas hanya seri 0-0 menentang Manchester City kelmarin.
Mereka kini ketinggalan dua mata di belakang Liverpool yang mengumpul 67 mata dan hanya satu mata di depan City yang meraih 64 mata.
Dengan berbaki sembilan perlawanan, Jesus yakin dengan peluang Arsenal meraih gelaran liga dan percaya perubahan dalam carta liga akan berlaku.
"Ini adalah EPL, ia liga yang sukar. Apa sahaja boleh berlaku. Hanya dua mata berbeza dengan Liverpool tetapi kami mempunyai perbezaan jaringan yang bagus," kata Jesus kepada wartawan semalam.
Gunners akan kembali berusaha mencabar kedudukan Liverpool dalam persaingan memburu gelaran liga apabila menentang Luton dan Brighton minggu ini sebelum berdepan Bayern Munich dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) pada 10 April.
Liverpool pula menerima kunjungan Sheffield pada awal pagi Jumaat sebelum berdepan Manchester United di Old Trafford, Ahad ini.
Jesus gembira dengan situasi Arsenal ketika ini yang dianggap berpeluang mara lebih jauh dalam kempen Liga Juara-Juara dan penyerang Brazil itu berkata mereka akan melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
"Kami turut bersaing di UCL dan ia paling cantik musim ini dan akan melakukan yang terbaik untuk menjuarainya."
Arsenal belum pernah menjuarai gelaran Eropah dan musim ini peluang terbaik untuk mengakhiri rekod buruk itu manakala dalam perebutan gelaran EPL, persaingan sengit dijangka terus berlaku terutama jika Liverpool tewas pada Ahad ini.
Jesus tampil 27 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini dan menjaringkan lapan gol dan mencipta lima bantuan jaringan. Dia berpindah ke Arsenal pada 2022 selepas lima tahun bersama Man City dan mengikat kontrak sehingga 2027.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ol-akan-tergelincir |
|
|
|
|
|
|
| |
|