View: 5231|Reply: 0
|
Gordic tidak mahu kecewakan penyokong
[Copy link]
|
|
PENYERANG KDA FC Milos Gordic mula menjalani latihan padang bersama Sang Kenari di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) sejak Isnin lalu. -FOTO KDA FC
Alor Setar : Penyerang import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Milos Gordic mahu menjadi peledak berbisa buat Sang Kenari bagi menghadapi saingan Liga Super.
Menurut penyerang kelahiran Serbia berusia 31 tahun, dia sudah melakukan persiapan sebelum tiba ke Kedah musim ini.
"Sebelum saya tiba di sini, saya mendapat maklumat dari rakan saya di Serbia tentang kehebatan Kedah dan pencapaian yang dicapai kelab ini dan saya tahu ini sebuah kelab yang memiliki nama besar dalam Liga Malaysia.
"Saya berazam menjadi penyerang yang dapat menyumbangkan gol pada musim baharu ini dan mengelak dari menjadi penyerang yang kurang menyengat seterusnya mengecewakan penyokong. Ini yang saya cuba elakkan.
"Selepas memulakan latihan penuh bersama pasukan, saya berharap sentuhan saya dapat terus di tajamkan dalam usaha membantu Kedah memberi saingan terbaik dan mencapai sasarannya musim ini," katanya.
Pemain kelahiran Serbia dan beraksi bersama kelab Wuxi Wugo FC (China) musim lalu ini mengakui cabaran dari segi masa, menyesuaikan diri dengan pasukan dan tahap kecergasan perlu diberi fokus penting sebelum Liga Malaysia bermula Mei ini.
"Selain itu, dengan harapan tinggi yang diletakkan oleh penyokong Kedah pada musim ini, ia memberi semangat tambahan buat saya untuk membuktikan kemampuan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kecewakan-penyokong |
|
|
|
|
|
|
| |
|