View: 5327|Reply: 0
|
Lekir nafi dapat 'projek' dari FAM
[Copy link]
|
|
LEKIR buat laporan polis berhubung fitnah yang dilemparkan kepadanya. -FOTO FB Lekir
Kuala Lumpur: Selepas menyepi beberapa hari berkaitan nama dipetik dalam isu surat layang baru-baru ini, akhirnya pemimpin gerakan penyokong skuad kebangsaan iaitu Ultras Malaya, Lekir Ahmad bersuara mempertahankan diri.
Lekir menerusi hantaran di Facebooknya menafikan dakwaan bahawa dia menerima subsidi ke luar negara untuk menyokong skuad Harimau Malaya setiap kali mereka beraksi di luar negara.
"Fitnah berkaitan subsidi ini adalah salah dan semua kos adalah atas biaya saya sendiri. Persepsi yang mengatakan saya melobi ataupun mendapatkan projek daripada FAM juga adalah salah.
"Saya tiada apa-apa yang nak dikejarkan dalam FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), saya ada kerjaya saya sendiri dan Alhamdulillah saya cukup makan dengan cara ini.
"Tidak dinafikan, saya ada beberapa kali ke FAM bertemu Presiden dan Setiausaha Agung untuk membincang perihal penyokong untuk ke Qatar bagi Piala AFC yang lalu.
"Segala apa yang saya lakukan dalam perjalanan bolasepak ini, Insya-Allah saya masih tahu hukum dan falsafah bola sepak yang perlu saya jaga," katanya.
Dalam hantaran sama, Lekir turut mengesahkan dia sudah membuat laporan polis untuk menafikan sebarang pertuduhan dan fitnah yang dinyatakan memandangkan dia sama sekali tidak melakukan segala apa yang difitnah dalam 'surat layang' itu.
"Saya memohon siasatan dilakukan ke atas perkara ini menerusi peruntukan undang-undang yang sedia ada supaya dapat mengembalikan maruah dan imej saya yang diaibkan oleh penghantar surat layang terbabit.
"Laporan polis ini juga akan menjadi titik mula tindakan saya seterusnya jika ada keperluan untuk berbuat demikian," katanya.
Sebelum itu, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin juga menafikan pihaknya mempunyai hubungan istimewa dengan Lekir dan beliau menegaskan kehadiran individu itu ke pejabat hanyalah berkaitan skuad kebangsaan.
"Tiada (kerjasama). Anda kena faham, Lekir dan beberapa orang lain dari Ultras Malaya datang ke pejabat untuk membincangkan mengenai persiapan skuad kebangsaan dan memberi beberapa idea. Tiada apa-apa kepentingan.
"Sepanjang saya jadi presiden, beliau ada datang ke pejabat beberapa kali. Tiap kali ada perlawanan, beliau akan bertanya mengenai persiapan seperti harga tiket dan sebagainya. Itu sahaja," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pat-projek-dari-fam |
|
|
|
|
|
|
| |
|