CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3903|Reply: 4

Penyakit Cacar : Sejarah, Penemuan dan Program Pemvaksinan Dunia

[Copy link]
Post time 16-3-2011 10:58 PM | Show all posts |Read mode
Penyakit cacar atau smallpox merupakan sejenis penyakit berjangkit bawaan virus yang cukup berbahaya. Jika seorang kanak-kanak dijangkiti cacar, kemungkinan 80%  kanak-kanak tersebut akan meninggal dunia dalam tempoh dua minggu sahaja dalam penderitaan.Sebagai selingan, penyakit cacar ini pernah ditonjolkan secara ringkas dalam siri televisyen popular House MD.

Penyakit cacar menjadi bukti kejayaan program imunisasi atau pemvaksinan. Sejak vaksin terhadap cacar ditemui oleh saintis terkenal Edward Jenner pada tahun 1796, ia telah dipraktikkan di seluruh dunia sehinggalah pada tahun 1979, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan bahawa penyakit cacar telah pupus secara total.


Kisah penemuan vaksin cacar oleh Edward Jenner juga merupakan satu kisah yang menarik untuk diketahui. Sekitar tahun tersebut, Jenner tersedar akan satu trend iaitu mereka yang bekerja sebagai pemerah susu lembu tidak pernah dijangkiti dengan virus cacar atau Smallpox. Jenner mendapati, bahawa mereka (pemerah susu lembu) ini dijangkiti dengan Cowpox, iaitu variasi Smallpox yang khusus kepada lembu sahaja. Bagi manusia, Cowpox ini hanya mendatangkan kudis di tangan, tidak seperti penyakit Smallpox yang cukup menakutkan. Oleh kerana mereka telah dijangkiti Cowpox, maka kebarangkalian mereka dijangkiti Smallpox tidak akan berlaku.


Bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu, Edward Jenner menjalankan eksperimen yang cukup berbahaya. Beliau mengambil cecair dari kudis seorang pemerah susu lembu dan memasukkan cecair tersebut pada anak tukang kebunnya yang berusia 8 tahun.

Seminggu selepas itu, anak tukang kebun itu mengalami demam-demam yang membimbangkan. Jenner mula berasa bimbang bahawa kemungkinan teorinya itu tidak berjaya. Mujurlah selepas itu, anak kecil berusia 8 tahun itu kembali sihat. Edward Jenner memulakan fasa kedua eksperimennya dengan menyuntik kanak-kanak tersebut dengan cecair sample penyakit cacar. Menurut Jenner, sekiranya teori yang diyakini itu gagal maka kanak-kanak tersebut akan dijangkiti penyakit merbahaya yang boleh membawa maut.







Edward Jenner (1749 – 1823)
       




Namun, hipotesis Edward Jenner terbukti benar apabila kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda dijangkiti.  Edward meneruskan eksperimennya dengan 23 subjek ujikaji lain, termasuklah terhadap anak kandung beliau sendiri. Setelah penemuannya dilaporkan, beliau sendiri menghadapi tekanan dari masyarakat yang menuduhnya gila, hilang akal dan bodoh kerana eksperimennya yang berbahaya serta kesanggupannya menjadikan anaknya sebagai bahan ujikaji.


Namun kini, hampir 300 tahun selepas penemuan Edward Jenner, vaksin digunakan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit dan terbukti keberkesanannya. Kita boleh lihat sendiri betapa saintis Edward Jenner sanggup mengambil risiko yang cukup berbahaya demi membuat satu penemuan yang cukup bermanfaat buat umat manusia keseluruhannya.


Namun cukup mengecewakan apabila abad ini, adanya golongan yang memandang skeptik terhadap program imunisasi dan vaksinasi yang dilaksanakan kerajaan. Skeptik mereka yang berasaskan kepada artikel-artikel dan video-video teori konspirasi karut yang menyatakan program vaksinasi itu sebagai perancangan Yahudi. Ia merupakan satu penghinaan ke atas usaha yang telah dibuat Edward Jenner 300 tahun lampau.


Tambahan pula, apabila kebimbangan itu dimanifestasikan kepada keengganan ibu bapa muda tersebut untuk mendaftarkan anak mereka ke dalam program imunisasi kebangsaan, ianya merupakan satu kebodohan yang membinasakan. Ini kerana mereka meletakkan anak mereka dan anak orang lain kepada risiko dijangkiti penyakit berbahaya seperti Polio, Rubella, dan sebagainya.

Atas usaha penyelidikan pemvaksinan yang dimulakan oleh Edward Jenner, penyakit cacar atau smallpox diisytiharkan pupus pada tahun 1979. Mahukah anda mengetahui, kisah tragis kes jangkitan Smallpox terakhir dalam sejarah?


Pada tahun 1978, Profesor Henry Bedson, seorang ketua penyelidikan mikrobiologis di Birmingham Medical School sedang menjalankan kajian mengenai virus Smallpox di makmalnya. Betul-betul di atas makmalnya adalah bilik seorang jurugambar perubatan, Janet Parker.


Ditakdirkan, kerana kegagalan Profesor Henry untuk menjaga keselamatan kajiannya, virus Smallpox tersebut terdedah dan disebarkan melalui saluran aliran udara ke tingkat atas, iaitu ke bilik Janet. Janet yang tidak pernah divaksinasi sebelum itu, menyedut udara tersebut dan dijangkiti penyakit Smallpox. Ruam-ruam mula timbul pada badan Janet, lantas beliau dimasukkan ke hospital dan disahkan dijangkiti Variola Major, iaitu variasi Smallpox yang paling berbahaya. Janet akhirnya meninggal dunia sebulan kemudian.


Namun yang turut menyayat hati, seminggu sebelum Janet meninggal dunia, Profesor Henry telah membunuh diri dengan mengelar lehernya kerana tekanan psikologi di atas kejadian yang menimpa Janet. Beliau menyalahkan dirinya kerana menyebabkan Janet dijangkiti penyakit tersebut, dan dalam nota terakhirnya beliau menulis,

“I am sorry to have misplaced the trust which so many of my friends and colleagues have placed in me and my work.”


Dengan kisah ini, saya menyeru kepada rakan-rakan dan bakal ibubapa sekalian, agar jangan sekali-kali memandang remeh kepada program imunisasi dan pemvaksinan. Jangan setelah nasi menjadi bubur, barulah penyesalan muncul. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merawat.

crdt to majalahsains.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2011 02:03 PM | Show all posts
cacar,penyakit yg pupus,mcm mana penyakit tuz??
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 07:59 PM | Show all posts
Sekadar ingin berkongsi, ini ialah vaksinasi WAJIB di Malaysia, according to Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kebanyakkan baby di Malaysia akan follow schedule ini:

Lahir     - BCG,  Hepatitis B 1st dose
1 bulan  - Hepatitis B 2nd dose
2 bulan  - Diphteria, Pertussis, Tetanus, Poliomyleitis  dan Haemophilus Influenza Type B (HIB)  - PENTAXIM(lima serangkai) dose 1
3 bulan  -PENTAXIM dose 2
5 bulan  -PENTAXIM dose 3
6 bulan  -Hepatitis B 3rd dose
1 tahun - Mumps, Measles, Rubella (MMR)
1.5 tahun - PENTAXIM booster dose


Sila ambil perhatian, ada beberapa vaksinasi tambahan yang amat digalakkan untuk diambil, selain daripada yg wajib ini.

1-  Rotavirus  - mengelakkan risiko jangkitan rotavirus yang menyebabkan cirit birit kronik kepada baby.
Perlu diambil dalam dua dos, sebelum umur 6 bulan. Vaksin diberi dalam bentuk ubat titis.

2- Pneumococcal vaccine - mengelakkan risiko jangkitan pneumococcal yang menyebabkan jangkitan selaput otak(meningitis), jangkitan telinga (otitis media) dan jangkitan paru2 (pneumonia). Boleh diambil seawal usia 6 bulan ke atas.

Oleh kerana 2 vaksin ini ialah vaksin tambahan/optional, maka ramai parents yang tak ambil dek kerana ignorant/ langsung tak sedar sebab doctor tak memberitahu. Especially rotavirus yg perlu di complete kan sebelum umur 6 bulan.
Nasihat saya, sila ambil sebab kos kalau baby/kanak2 masuk ke hospital akibat jangkitan rotavirus/pneumococcal adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding kos vaksin ini. Memang ramai parents saya temui di klinik saya tidak aware tentang 2 vaksin tambahan ini.


Selain itu, ada juga tambahan vaksin lain yg tak kurang pentingnya, seperti vaksin mencegah Chicken Pox.

Namun pada saya, yg terbaik ialah dahulukan vaksin tambahan rotavirus dan kemudian pneumococcal yg penting ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 08:55 PM | Show all posts
Reply 3# RedDevils


    tq info nie doc ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 09:13 PM | Show all posts
Reply  RedDevils


    tq info nie doc ...
chewan Post at 20-3-2011 20:55



    awat nanges plak ?

ingat tau info ni, nanti bila chewan dah ada baby sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 1.997522 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list