CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9265|Reply: 0

[Perak] Kanak-kanak meninggal dunia lepas seminggu bertarung nyawa

[Copy link]
Post time 14-4-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode

KANAK-KANAK perempuan yang maut dalam nahas mengorbankan ibu bapanya di JRTB Gerik-Jeli Ahad lalu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Panjang, Padang Rengas, semalam.

GERIK – Selepas tujuh hari bertarung nyawa, kanak-kanak perempuan yang terlibat kemalangan bersama ibu bapa dan abangnya pada Ahad lalu, disahkan meninggal dunia, semalam.

Mangsa, Nur Arissa Sofia Kamizan berusia tiga tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada pukul 2.39 pagi.

Dalam kemalangan di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada 7 April lalu, ibu bapa Nur Arrisa, Kamizan Kasimon, 42, dan Noor Asmah Mat Zainal, 38, maut selepas kereta Proton Persona dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova dinaiki enam sekeluarga.

Kejadian sekitar pukul 12.20 tengah itu, turut mengorbankan pemandu MPV, Aminuddin Othman, 54, yang meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Taiping.

Sementara itu, sepupu kepada Noor Asmah, Nurhidayah Mohamad Azir, 34, berkata, anak saudaranya itu berada dalam keadaan kritikal susulan nahas tersebut dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Katanya, anak bongsu daripada dua beradik itu juga mengalami kegagalan paru-paru dan buah pinggang selain pendarahan otak dan patah kaki kanan.

“Jenazah Nur Arissa dikebumikan di antara kubur kedua ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Panjang, di Padang Rengas semalam,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas keadaan abang Nur Arrisa yang kini dirawat di HRPB, Nurhidayah berkata, Muhammad Ammar, 10, akan menjalani satu lagi pembedahan pada tulang paha kiri dan kanan.

Katanya, buat masa ini, kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil dan sudah mula bercakap.

“Muhammad Ammar kini dipantau rapi dokor. Dia sudah memberi tindak balas positif dan bertanya di mana dia berada sekarang,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... gu-bertarung-nyawa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.046185 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list