View: 4104|Reply: 0
|
Pemain Roma tumbang di atas padang
[Copy link]
|
|
Bek AS Roma, Evan Ndicka diberi rawatan selepas tumbang di atas padang ketika aksi menentang Udinese. - Foto REUTERS
UDINE, Itali: Bek AS Roma, Evan Ndicka beransur pulih selepas tumbang di atas padang ketika aksi menentang Udinese, kata kelab Serie A itu.
Kedudukan terikat 1-1 semasa pertahanan Ivory Coast itu tumbang di atas padang ketika permainan berbaki 18 minit.
Ndicka dalam keadaan sedar tetapi kelihatan menahan sakit sambil menggosok-gosok dadanya sementara menanti pasukan perubatan tiba.
Dia kemudian diusung keluar dan pemain itu sempat menunjukkan tanda bagus.
"Susulan insiden membabitkan Evan Ndicka, perlawanan antara Udinese dan Roma ditangguhkan.
"Pemain itu dalam keadaan sedar dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," kata Roma.
Media Itali melaporkan ujian ke atas Ndicka di hospital mengesahkan ia bukan serangan jantung. Pemain 24 tahun itu masih di hospital untuk penilaian terperinci. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... bang-di-atas-padang |
|
|
|
|
|
|
| |
|