CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2647|Reply: 0

Penyokong Liverpool hentam Salah

[Copy link]
Post time 15-4-2024 04:58 PM | Show all posts |Read mode

REAKSI Salah selepas tamat aksi menentang Palace.

London: Penyokong Liverpool melepaskan geram mereka ke atas Mohamed Salah selepas mempamerkan prestasi hambar ketika tewas 0-1 di tangan Crystal Palace semalam.

Skuad Eagles mencipta kejutan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield dengan Eberechi Eze menjaringkan gol kemenangan.

Kekalahan itu menjejaskan persaingan Liverpool dalam memburu gelaran liga sekali gus Jurgen Klopp hanya mampu menggelengkan kepala selepas tamat perlawanan.

The Reds kini tewas dua perlawanan berturut-turut di tempat sendiri selepas ditewaskan Atalanta 3-0 di suku akhir pertama Liga Europa pada Jumaat lalu.


Kesemua penyerang Liverpool tumpul ketika menentang Eagles dan gagal memecahkan kekebalan pertahanan Palace dengan Salah paling teruk dikritik.

Kemarahan penyokong Liverpool sukar dibendung selepas bintang Mesir itu gagal tujuh daripada lapan persaingan satu lawan satu, hanya mencipta 79% hantaran tepat, gagal melengkapkan kawalan bola, 15 kali hilang penguasaan dan terlepas satu peluang keemasan ketika menentang Palace.

Menurut seorang penyokong di media sosial: "Cukuplah Salah, dah tiba masanya untuk ke Arab Saudi," manakala yang lain berkata: "Hantar Salah ke Arab Saudi dan jangan tanya pasal duit."

Penyokong lain di laman X juga melepaskan geram. "Letakkan Salah segera dalam kapal terbang ke Arab. Bagaimana dia boleh kekal di atas padang hari ini."

"Sedih...masa untuk jual Salah. Jika ada tawaran besar, kita bodoh tak lepaskan dia," menurut seorang lagi penyokong.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... erpool-hentam-salah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.367439 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list