|
Assalamualaikum forumers bod mps ni. Aku nak share la satu kisah kat tempat kerja aku ni. harap ada la sudi baca ye walaupun aku ni junior je. pada yang lebih tua pada aku, minta maaf la aku bahasa diri aku aku, terbiasa.
Aku start kerja 3 bulan lepas, kerja pembantu guru kat tadika ni. Maklumla, lepasan spm n(spm result nak kuari). masa mula mula check in, memang tak ada pape. Kat dapur ada dua tandas. So jadi markas aku la duduk dapur je..
Sebelum tu aku nak sketch dlu pelan dapur ni.
tandas 1 tu memang ok, tapi tandas 2 memang skeri meri, tak tau pasal pe aku takut beno dengan tandas tu. Aku takut bila nak tadah air kat tandas tu. Lepas seminggu aku kerja, aku tengah cuci pinggan lepas rehat, bebudak semua masuk kelas la belajar.
Lepas tu ada dua budak tu pergi tandas. aku nampak la, sebab dia melalui aku. Budak lelaki lelaki yang pergi tandas tu. Aku tak tau la tandas mana dorang guna, tapi lepas dorang keluar bole pulak dia cakap macam ni kat kawan dia lagi satu.
"Wey, takut.... ada pocong....'
Aku da skeri meri da, bley pula budak tu buat dono je. Macam lawak cenggitu la. Budak khen.. apa tawu. Aku pun bior le, maybe dorang buat lawak kot.
Basuh punya basuh, da siap aku rehat kat kerusi 1, duduk. penat layan bebudak tu. Tengah aku feeling sensorang, kat belakang aku yang tutup tandas tu cuma zink je. aku dengar bunyi mencakor .
aku jadi diam, taley gerak. tekejut punya pasal. Lepas tu aku cakap
"Aku makhluk Allah, ko pun makhluk Allah, Aku tak kaco ko, ko jangan kaco aku,"
dalam hati saje. . Lepas tu cakor tu stop bunyi, da tak bunyi da. Aku pun boleh bergerak, cepat-cepat masuk kelas nolong mane patut. Tu la... curi tulang punya pasal.:re:
Ntah la maybe kucing, tapi takkan kucing bley tau isi hati aku? bile aku cakap cam tu dan dan dia stop. Wallahualam la.
Lepas hari tu memang hari hari aku dengor bunyi mencakar kat dinding zink tu. Tapi dah lali pun, wat dono je. Tapi memang aku rase bukan kucing. Sebab time aku bagi makan kucing tu, ada bunyi mencakor. Sape mencakor? Kucing tu depan mata aku tengah makan swiggle.
Lepas dah lama tu, dah stop bunyi mencakor. satu hari tu cuti 4 ari, so lama la tadika tu tak berjaga oleh aku. Cikgu yang duduk situ pun nan hado nak tolong kemas sikit2 time cuti.
Lepas dah cuti 4 ari aku pepagi datan pukul 6.55 minit cam tu, gelap lagi. Aku datang tengok, wallaweyh!! {:1_126:} dapur dah jadi cam kelab malam! Bersepah habis. dengan taik kelawarnya, daun2 kering, kertas2 atas meja terabur sana sini. Memang bersepah giler! Tapi tak pe, aku sabo. Aku ingat cikgu yang duduk situ buat parti kut dalam 4 ari cuti tu. Mana tawu, bersangka baik la skit.
baru-baru ni pulak, esok paginya aku datang tengok peti ais terbuka!? {:1_126:} dan mihoon goreng dalam tu habis terabur semua. Takkan kucing buka peti ais kot? kalau kucing tom and jerry tu logik la. maybe mihoon tu kucing yang buat. yang jadi masalahnya, siapa buka peti ais tak tutup?????? or buka peti ais masa cuti? Sebab last sekolah, memang aku balik paling last. so aku dah cek dapur kelas ok. musykil musykil. Yang kena bamboo aku la dengan cikgu yang duduk situ, katenya aku yang buat, tumpahkan mihoon tu. dia tak tau peti ais terbuka, aku tak cakap.
Korang rasa ada entiti ke kat situ? sebab meman benda2 yang jadi macam tak logik.
ada lagi kisah dia, tapi nak tengok respon dulu yek. tak nak la syok sendirik plak.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|