View: 4083|Reply: 0
|
EPL: Arsenal belum kibar bendera putih
[Copy link]
|
|
ARSENAL perlu bangkit memberikan sepenuh perhatian kepada aksi seterusnya menentang Bayern di Allianz Arena awal pagi Khamis ini. – AFP
LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menggesa anak-anak buahnya untuk mempamerkan kebangkitan selepas tewas mengejut 0-2 kepada Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi semalam.
Pada aksi tersebut, skuad The Gunners terpaksa akur apabila gagal meraih sebarang mata dalam usaha merampas kedudukan carta teratas EPL dengan pasukan pelawat meraih gol menerusi ledakan Leon Bailey dan Ollie Watkins.
Menurut Arteta, sekarang bukanlah masa untuk mengibarkan bendera putih kerana masih banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi dan pasukan perlu kekal positif kerana apa sahaja boleh berlaku.
“Perkara yang paling jelas kali ini adalah kita tidak begitu bagus untuk melakar kemenangan. Kami telah beraksi dengan sempurna pada babak pertama, tetapi gagal mengasak benteng Villa yang begitu ampuh.
“Andai kita berjaya menyudahkan tiga atau empat peluang terhidang ketika itu, situasi pasti berbeza, namun kita pula yang hilang fokus pada penghujung perlawanan dengan mereka meraih dua gol mudah,” katanya.
Mengulas lanjut, Arteta mengakui gelaran liga kini berada di tangan Manchester City selaku pendahulu dan menyeru agar anak-anak buahnya memberi tumpuan kepada aksi Liga Juara-Juara Eropah bertemu Bayern Munich awal pagi Khamis ini.
“Semua pasukan utama sedang bermain satu perlawanan dalam tempoh tiga hari dan ia adalah sesuatu yang cukup gila. Kita tidak boleh mengawal perkara tersebut tetapi saya harap pasukan dapat bangkit pada aksi berikutnya,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ibar-bendera-putih/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|