View: 5369|Reply: 0
|
Prestasi skuad B-23 'jelmaan' Harimau Malaya kelak - Richard
[Copy link]
|
|
PEMAIN skuad B-23 gigih menjalani latihan menjelang pertemuan dengan Uzbekistan, malam esok. FOTO FB FAM
Kuala Lumpur: Prestasi dan keupayaan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara di kempen Piala Asia B-23 di Qatar boleh dianggap sebagai 'jelmaan' atau gambaran sebenar pasukan Harimau Malaya pada masa akan datang.
Pemerhati bola sepak tanah air, Datuk Richard Scully berkata, siri latihan awal diadakan skuad kendalian Juan Torres Garrido di bumi Qatar membolehkan pasukan terbabit semakin matang dan serasi untuk mengharungi kempen Kumpulan D Piala Asia.
Malah, katanya, barisan pemain muda negara itu kemungkinan mampu melakukan kejutan dengan mencipta keputusan sekurang-kurangnya seri apabila bertemu gergasi Asia iaitu Uzbekistan pada pertemuan pertama, malam esok.
"Ramai yang tidak mengetahui bagaimana keadaan pasukan Harimau Malaya untuk tempoh lima tahun akan datang perlu lihat kualiti barisan pemain skuad B-23 negara.
"Mereka mampu melakukan kejutan kerana mempunyai tempoh latihan agak lama selain ada antara pemain beraksi dalam saingan liga kompetitif.
"Jika atas kertas sememangnya lebih memihak kepada Uzbekistan, namun jangan pandang sebelah mata kepada barisan pemain muda kita kerana mereka berjiwa besar dan sudah melakukan persiapan rapi," katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Dalam kempen kali ini, skuad Harimau Muda yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam (20 April) dan Kuwait (23 April).
Tiga pasukan terbaik di Piala Asia B-23 akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 sementara pasukan keempat akan mengharungi 'play-off' menentang wakil Afrika, Guinea.
Pencapaian terbaik Harimau Muda pada kempen Piala Asia B-23 adalah mara ke suku akhir edisi 2018 sebelum tewas 1-2 di tangan Korea Selatan.
Selain itu, Richard berkata, pentas Piala Asia B-23 ini akan menguji sejauh mana keberkesanan taktikal diterapkan Garrido sejak mengambil alih jawatan sebagai pengendali skuad B-23 negara.
Katanya, Garrido sudah pastinya melakukan kajian terperinci dan mempunyai taktikal terbaik dalam memastikan keputusan memihak kepada pasukan negara.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... alaya-kelak-richard |
|
|
|
|
|
|
| |
|