View: 7752|Reply: 0
|
Sasaki terbukti menjadi
[Copy link]
|
|
SASAKI dijangka mampu gegar Liga Super musim ini.
Seremban: Menjaringkan tiga gol dan mencipta tiga bantuan gol dalam empat aksi persahabatan menyerlahkan kebolehan dan kewibawaan pemain import baharu Negeri Sembilan FC (NSFC), Takumi Sasaki.
Pemain lincah berusia 25 tahun dari Jepun itu setakat ini dilihat menonjol dalam persembahannya walaupun baharu sebulan menjalani latihan bersama skuad Hobin Jang Hobin.
Meskipun aksinya itu belum boleh dijadikan ukuran sebenar, namun ia boleh memberikan gambaran betapa Sasaki bakal menjadi tumpuan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025, yang membuka tirainya, bulan depan.
"Sasaran saya untuk memberikan persembahan terbaik dalam setiap perlawanan dan sebagai pemain di barisan hadapan pasukan, tugas kita mencipta peluang dan menjaringkan gol.
"Saya gembira kerana rakan-rakan yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi dalam latihan serta berusaha keras membina kekuatan dalam pasukan.
"Ini sangat baik untuk pasukan dan bakal memberi impak positif dalam usaha kita menuju kepada kesempurnaan sebelum liga," katanya hari ini.
Kehadiran pemain seperti Sasaki sememangnya diharapkan oleh penyokong pasukan berkenaan terutama dalam membantu memperkasakan bahagian serangan yang tidak begitu menjadi musim lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ki-terbukti-menjadi |
|
|
|
|
|
|
| |
|