CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4078|Reply: 0

[Selangor] Bayi 6 bulan maut di tangan bapa kandung

[Copy link]
Post time 17-4-2024 01:22 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KAJANG – Bayi lelaki berusia enam bulan ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di sebuah pangsapuri sekitar Bandar Tasik Kesuma, Beranang, di sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa kandung bayi berkenaan kira-kira pukul 8.52 pagi.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, tiada kecederaan dikesan pada badan mangsa sebelum dihantar ke Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat.

“Bagaimanapun, pakar mengesahkan kecederaan mangsa bukan disebabkan kemalangan tetapi disebabkan perbuatan jenayah ke atas mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Nasir, bayi malang tersebut mengalami kecederaan pada kepala dan hanya dapat dikesan selepas menjalani bedah siasat.

“Bertindak atas maklumat, kita menahan bapa warga tempatan yang berusia 25 tahun di pekarangan Forensik Hospital Kajang sekitar pukul 11.30 malam hari sama.

“Suspek positif dadah jenis syabu manakala permohonan reman dibenarkan selama tujuh hari sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Kes, ASP Vekram A/L Sinnaiah di talian 019-4737108 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... angan-bapa-kandung/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.084786 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list