CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8197|Reply: 0

Rekod 34 menang Al-Hilal berkubur

[Copy link]
Post time 18-4-2024 10:31 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Al-Ain, Soufiane Rahimi meraikan hatriknya ketika menentang Al-Hilal pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Asia di Stadium Hazza Bin Zayed, Al-Ain awal pagi tadi. – Foto X #ACL

AL-AIN, Emiriyah Arab Bersatu: Rekod 34 kemenangan berturut-turut kelab Arab Saudi, Al-Hilal berakhir awal pagi tadi di tangan kelab UAE, Al-Ain pada aksi Liga Juara-Juara Asia.

Penyerang Maghribi, Soufiane Rahimi muncul wira perlawanan itu selepas dia meledak hatrik ketika kemenangan 4-2 buat Al-Ain pada pertembungan separuh akhir pertama.

Al-Hilal, juara Asia empat kali, kali terakhir gagal memenangi perlawanan September tahun lalu apabila mereka seri dalam aksi Liga Pro Saudi.

Perlawanan awal pagi tadi ditangguh selama 24 jam selepas hujan lebat membadai UAE dan kelab Saudi itu pasti mengharapkan hujan berterusan.


Rahimi membuka tirai jaringan selepas hanya enam minit susulan hantaran Yahia Nader dan menambah gol kedua menerusi penalti 20 minit kemudian selepas dia dijatuhkan penjaga gol Mohammed Al-Owais yang dilayangkan kad kuning.


Penyerang Al-Hilal, Malcom membalas satu gol pada awal babak kedua ketika menentang Al-Ain pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Asia di Stadium Hazza Bin Zayed, Al-Ain awal pagi tadi. – Foto X #ACL

Rahimi melengkapkan hatriknya pada minit ke-38, sekali lagi menerusi tendangan penalti apabila Ali Al-Bulayhi membentes pertahanan Brazil, Erik dalam kawasan penalti.

Al-Hilal mengurangkan defisit pada awal babak kedua apabila Malcom menyempurnakan hantaran Sergej Milinkovic-Savic.

Bagaimanapun, kelab gergasi Saudi itu memberikan satu lagi penalti sejurus sebelum sejam apabila Kalidou Koulibaly menjatuhkan Rahimi.

Kali ini bintang Paraguay, Alejandro Romero mengambil tugas sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 4-1 buat Al-Ain, pemenang sulung Liga Juara-Juara Asia pada 2003.

Salem Al-Dawsari menghidupkan peluang Al-Hilal menjelang aksi kedua Selasa depan dengan menjaringkan gol kedua pasukannya pada minit ke-78.

Terdahulu, kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai mendahului tipis pada separuh akhir apabila menang 1-0 aksi pertama ke atas kelab Jepun, Yokohama F-Marinos menerusi gol sumbangan Lee Dong Gyeong pada minit ke-19. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... g-al-hilal-berkubur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.264339 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list