View: 5821|Reply: 0
|
Garnacho memohon maaf, Ten Hag anggap isu selesai
[Copy link]
|
|
TEN HAG terima permohonan maaf Garnacho. -FOTO APF
London: Erik ten Hag mendakwa skuad Manchester United tidak goyah selepas mendedahkan Alejandro Garnacho memohon maaf kerana menyokong hantaran media sosial yang mengkritik pengendalian pengurus terhadap penyerang Argentina itu.
Garnacho memberikan tanda 'suka' kepada mesej yang disiarkan di platform X yang menyelar keputusan Ten Hag untuk menggantikannya pada separuh masa perlawanan ketika mereka seri 2-2 menentang Bournemouth hujung minggu lalu.
Pemain berusia 19 tahun itu bertindak balas dengan menarik semula hantaran berkenaan dan memohon maaf kepada Ten Hag yang berkata Garnacho akan tetap diturunkan untuk perlawanan separuh akhir Piala FA United menentang Coventry esok.
Ditanya sama ada insiden Garnacho itu adalah bukti pergolakan barisan pemain dengan Ten Hag, pengendali Belanda itu berkata: "Saya tidak berkata perkara itu.
"Alejandro adalah pemain muda, perlu banyak belajar. Dia meminta maaf untuk perkara itu dan selepas itu kita teruskan."
Tanggapan Ten Hag kepada Garnacho menunjukkan pengendali itu belajar daripada apa yang berlaku selepas perselisihan antara dia dengan Jadon Sancho awal musim ini.
Sancho diarah berlatih bersendirian untuk beberapa bulan selepas mengkritik Ten Hag kerana merehatkannya ketika kekalahan di Arsenal pada September.
Pemain sayap England itu kemudian menemui kembali sentuhannya sebagai pemain pinjaman di Borussia Dortmund, yang berjaya mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah minggu ini.
"Kami tahu Jadon Sancho adalah pemain bola sepak yang hebat, jadi ia bukan sesuatu yang mengejutkan bagi kami, ia bukan satu isu.
"Sudah tentu, saya mengikuti perkembangan bola sepak antarabangsa dan memantau pemain-pemain yang dipinjamkan ke kelab-kelab lain.
"Ia perlawanan hebat, Dortmund menentang Atletico Madrid, persembahan hebat oleh Dortmund dan berita baik buat Jadon. Dia mempunyai sumbangan dalam kemenangan Dortmund," kata Ten Hag.
Ten Hag yang bergelut menyelamatkan jawatannya di Old Trafford, perlu mengelak daripada dikejutkan Coventry di Wembley esok.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -anggap-isu-selesai |
|
|
|
|
|
|
| |
|