|
PENGURUS Sporting Lisbon, Ruben Amorim dikatakan bakal menggantikan Klopp dengan kontrak tiga tahun. -FOTO Anfieldcentral
London: Di tengah-tengah pencarian Liverpool untuk mencari pengganti Jurgen Klopp, seorang calon dilaporkan menyatakan minat yang mendalam untuk mengambil alih tampuk pemerintahan di Anfield.
Walaupun berpeluang mengakhiri musim ini dengan piala di bawah kendalian Klopp, namun peluang Liverpool untuk meraih tiga piala musim ini tidak kesampaian selepas kekalahan Piala FA kepada Manchester United dan tewas di tangan Atalanta dalam saingan Liga Europa.
Dengan Liga Perdana kini menjadi sasaran tunggal, pengurusan Liverpool pada masa yang sama membuat persediaan untuk peralihan pengurusan pada penghujung musim ini.
Di antara banyak nama yang dikaitkan dengan tugas Liverpool, Ruben Amorim muncul di tengah-tengah khabar angin itu.
Reputasi pengurus Sporting Lisbon yang berusia 39 tahun itu semakin meningkat, terutamanya apabila dia semakin hampir untuk mendapatkan satu lagi kejuaraan Liga Primier dan berpotensi memperkukuh penguasaannya yang semakin mengagumkan.
Menurut sumber, Liverpool menawarkan kontrak tiga tahun kepada Amorim di atas kejayaannya di Sporting.
Menguatkan dakwaan itu, TeamTalk memberikan pandangan tentang maklum balas Amorim terhadap tawaran yang disebut-sebut dari Liverpool.
Menurut sumber itu dan diperkuat oleh komen dari bekas pemain Liga Perdana, Nigel Reo-Coker yang memuji Amorim sebagai pengganti 'sempurna' Klopp di CBS, Amorim 'sangat berminat untuk menerima' tawaran dari Liverpool.
Perkembangan itu pasti menggembirakan penyokong Liverpool yang mungkin bersemangat melihat Amorim meneruskan era kejayaan Klopp.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... /amorim-ganti-klopp |
|
|
|
|
|
|
| |
|