View: 6662|Reply: 0
|
Piala Dunia, Piala Asia KPI pengadil Malaysia
[Copy link]
|
|
ANTARA barisan pengadil Malaysia yang pernah menjalani latihan di Arab Saudi. -FOTO FAM
Kuala Lumpur: Piala Dunia dan Piala Asia adalah dua 'acara wajib' yang disasarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melihat pengadil tempatan layak mengadili dua pertandingan terbesar dunia itu pada setiap edisi.
Perkara itu ditegaskan Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram yang percaya pengadil tempatan juga memiliki kredebiliti dan kemampuan tersendiri.
Katanya lagi, menerusi penubuhan Akademi Pengadil Profesional serta pelaksanaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR), ia diyakini akan dapat menyediakan pengadil tempatan di tahap tertinggi.
"Pengadil dari akademi (Akademi Pengadil Profesional) ini kita harap dapat sediakan mereka menjadi pengadil profesional. Harapan FAM sangat tinggi (ke Piala Asia dan Piala Dunia).
"Untuk Piala Asia dan Piala Dunia, pengadil perlu ada lesen VAR sebab itu saya katakan mereka adalah yang pertama untuk dapatkan lesen.
"Jadi kita harap mereka akan dapat lesen itu di mana mereka diletakkan harapan dapat terpilih mengadili perlawanan di Piala Asia mahupun Piala Dunia. Memang harapan FAM sangat tinggi jadi kita akan berusaha ke arah itu," katanya.
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai projek Akademi Pengadil Profesional bagi batch pertama iaitu bermula tahun 2023-2025 itu.
Akademi itu bertujuan melahirkan pengadil berprestasi tinggi bagi mengadili perlawanan Liga Super Malaysia dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.
Malaysia belum pernah mempunyai pengadil utama di Piala Dunia, paling hampir adalah menerusi Subkhiddin Mohd Salleh sebagai pengadil keempat bagi Piala Dunia 2010.
Begitupun, rekod itu dijangka akan dipecah oleh Muhammad Nazmi Nasaruddin apabila beliau terpilih sebagai salah seorang calon pengadil utama bagi Piala Dunia 2026 yang dijadual berlangsung di benua Amerika Utara di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Nazmi juga cemerlang mengadili aksi di Piala Asia Qatar pada Januari lalu sebagai pengadil utama, di mana dua lagi penolong pengadil, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid juga membuat penampilan di saingan terbesar Asia itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-pengadil-malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
|