View: 7377|Reply: 0
|
Guardiola tumpang gembira prestasi Palmer
[Copy link]
|
|
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola (kiri) berkata dia terpaksa melepaskan Cole Palmer (kanan) untuk kebaikan pemain itu. - Foto AGENSI
MANCHESTER: Pep Guardiola mengakui Cole Palmer cukup menyerlah musim ini selepas pengendali Manchester City itu terpaka melepaskannya kepada Chelsea.
Namun Guardiola menegaskan, pemain England berusia 21 tahun itu yang meminta untuk meninggalkan Etihad bagi tempoh dua musim kerana memburu tempat dalam kesebelasan utama.
"Dia meminta untuk meninggalkan kelab selama dua musim. Saya kata 'tidak, kekal'. Apa yang kami boleh lakukan?
"Ketika pra-musim saya menyuruhnya untuk kekal kerana Riyad (Mahrez) sudah pergi, tetapi dia berkata 'tidak, saya mahu pergi'," kata Guardiola.
Palmer terpaksa bersaing dengan Jack Grealish, Phil Foden dan Jeremy Doku di City, sekali gus meyakinkan Guardiola untuk menerima permohonan pemain muda itu dengan berat hati.
Penyerang England itu menyerlah di Chelsea, di mana posisinya dalam jentera serangan skuad kendalian Mauricio Pochettino cukup terjamin dan Palmer kini antara calon Pemain Terbaik Tahunan PFA.
Palmer turut berkongsi tangga teratas dengan penyerang City, Erling Haaland dalam senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris pada 20 gol selepas dia meledak empat kali ketika kemenangan 6-0 ke atas Everton.
Guardiola berkata: "Saya tidak memberikan minit permainan yang diharapkannya. Kini dia memperolehinya bersama Chelsea. Saya amat memahaminya.
"Saya gembira untuknya kerana dia seorang yang baik dan pemain luar biasa."
Man City akan berdepan Chelsea dalam aksi separuh akhir Piala FA di Wembley tengah malam ini. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ira-prestasi-palmer |
|
|
|
|
|
|
| |
|