CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10886|Reply: 0

[Sarawak] Bratakthon sempena sambutan Hari Bung Bratak pada 1 Mei

[Copy link]
Post time 21-4-2024 06:11 PM | Show all posts |Read mode


Sertai acara larian Bratakthon sempena sambutan Hari Bung Bratak pada 1 Mei di Kampung Tembawang Sauh, Jalan Bau-Lundu.

KUCHING: Sempena sambutan Hari Bung Bratak pada 1 Mei depan, satu acara larian maraton mini atau Bratakthon akan turut diadakan pada hari yang sama.

Acara Bratakthon akan bermula jam 7 pagi yang menawarkan hadiah trofi, pingat dan wang tunai kepada pemenang dan peserta dengan yuran pendaftaran RM10 seorang.

Pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak (BBHA) Dato Peter Minos berkata, acara larian itu terbuka kepada semua sebagai aktiviti sampingan bagi sambutan Hari Bung Bratak.

Tidak seperti acara larian lain, Bratakhon kata Minos sangat menyeronokkan di mana peserta akan berlari mendaki bukit yang dikelilingi hutan semula jadi.

“Bratakthon  pasti tidak akan mengecewakan kerana memberikan pengalaman yang unik kepada pesertanya, menikmati alam semula jadi di samping bersukan.

“Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sertai Bratakthon dan seterusnya sama-sama memeriahkan sambutan Hari Bung Bratak,” katanya.

Dalam pada itu mereka yang berminat menyertai Bratakthon boleh berhubung dengan Pengurus Pusat Warisan Bung Bratak (BBHC) Brenda (019-8497664).
Dalam pada itu, Hari Bung Bratak diadakan setiap 1 Mei bagi meraikan sejarah dan kebudayaan masyarakat Bidayuh.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi sambutan tersebut, antaranya persembahan tarian Bidayuh oleh kumpulan kebudayaan dari Kampung Selampit, Kampung Opar dan Kampung Serayan.

Turut diadakan pertunjukan permainan tradisional dengan penyertaan dari Kampung Jugan dan kawasan Krokong.

Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Bung Bratak, kumpulan pemuzik popular High Breed dari Kampung Semeba juga akan membuat persembahan.

Penyanyi popular Bidayuh antaranya Claudia Geres juga akan membuat persembahan pada hari tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14449 Replies : 51
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20045 Replies : 92
Newbie thread- pengalaman shopping online
BihungorengNewbie thread- pengalaman shopping onlin
Views : 11653 Replies : 25
Lawak Puasa
XimLawak Puasa
Views : 23344 Replies : 71
Dah kenapa dikkk?
cef_gangoDah kenapa dikkk?
Views : 7342 Replies : 38
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8612 Replies : 34
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6260 Replies : 35
[EMAK OH EMAK]
Laracrop[EMAK OH EMAK]
Views : 5309 Replies : 29
Roti Kaya Asam Jawa
vanilla_vellRoti Kaya Asam Jawa
Views : 15447 Replies : 66
Beza staff dan management
chaconBeza staff dan management
Views : 2557 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.055851 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list