CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4202|Reply: 0

'Saya tahu orang tak suka saya' - Mukhairi

[Copy link]
Post time 24-4-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode

MUKHAIRI pamer aksi hambar di kempen Piala Asia B-23 Qatar. FOTO IHSAN FAM

Kuala Lumpur: Kapten skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Mukhairi Ajmal Mahadi mengetahui bahawa dirinya tidak disukai penyokong bola sepak tanah air susulan prestasi hambar dipamerkan sepanjang kempen Piala Asia B-23 Qatar.

Malaysia yang berada dalam satu kumpulan bersama-sama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait tewas pada ketiga-tiga perlawanan dan hanya mampu menjaringkan satu gol menerusi Haqimi Azim Rosli.

Mukhairi yang juga pemain Selangor FC mengakui bahawa prestasinya di pentas Piala Asia B-23 tidak seperti diharapkan selain kurang memberi impak kepada pasukan dalam usaha memperoleh keputusan positif untuk pasukan.

Katanya, dia kecewa persembahan yang dipamerkan dalam tiga perlawanan sebelum ini sekali gus menerima setiap kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya.


"Saya memang kecewa dengan diri saya sendiri. Ini adalah (kejohanan) AFC yang kedua dan yang terakhir buat saya. Bukan hari yang baik untuk saya.

"Mungkin bukan dekat sini yang terbaik untuk saya, mungkin di tempat lain. Saya tahu orang tak suka dengan saya, tak mengapa saya harap benda ini dapat perbaiki diri saya.

"Saya rasa saya bermain dengan teruk pada setiap perlawanan. Lagipun kita masih belum bermula musim (liga), jadi kita tiada 'match fitness' yang baik.

"Tetapi orang mengharapkan saya, mereka ingat saya seorang sahaja bermain dalam padang, kerana saya dah lama (bermain), saya kena bertanggungjawab sebagai seorang kapten," katanya, ketika ditemubual oleh stesen televisyen swasta, semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Al-Jonoub malam tadi menyaksikan skuad muda negara menutup kempen kumpulan D Piala Asia B-23 Qatar dengan tangan kosong apabila gagal mencatatkan sekurang-kurangnya keputusan seri untuk semua perlawanan diharungi mereka.

Skuad muda negara tewas 1-2 kepada Kuwait sepakan penalti yang disempurnakan Salman Mohammed dan Talal Al Qaisi manakala gol Malaysia pula disumbangkan Haqimi Azim Rosli.

Berdasarkan kepada semua perlawanan kumpulan D yang diharungi Malaysia menyaksikan skuad muda negara hanya menjaringkan satu gol dengan dibolosi enam gol.

Malaysia tewas kepada Uzbekistan 0-2 pada perlawanan pertama kumpulan D sebelum tumpas di tangan Vietnam (0-2) dan semalam dibolosi Kuwait 1-2.

Malah, skuad B-23 negara terus bermurah hati apabila tidak pernah gagal sedekah penalti kepada lawan hingga menyebabkan mereka tewas semua perlawanan itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -suka-saya-mukhairi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.058428 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list