View: 1965|Reply: 0
|
EPL: Kekalahan terbesar Chelsea sejak 38 tahun
[Copy link]
|
|
CHELSEA semakin sukar untuk merealisasikan impian mereka memburu slot ke pentas Eropah selepas kekalahan kepada Arsenal awal pagi semalam. - AFP
LONDON – Hari paling sukar buat peminat-peminat Chelsea apabila menyaksikan pasukan itu mengalami kekalahan memalukan 0-5 kepada musuh setempat, Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi semalam.
Keputusan itu menyaksikan peluang The Blues bagi memburu tempat ke saingan bola sepak Eropah musim depan semakin tipis apabila mereka menghuni kedudukan kesembilan selepas mengumpul 47 mata.
Kekalahan terbesar Chelsea kepada Arsenal sejak 1986 itu pastinya memberi tamparan hebat buat pengurus, Mauricio Pochettino yang sudah pun berdepan tekanan cukup tinggi ketika ini apabila sebahagian besar peminat mula mendesak supaya beliau dipecat.
Pochettino tanpa berselindung mengakui, barisan pemainnya seolah-olah sudah mengibarkan ‘bendera putih’ sejak awal permainan selepas pasukan tuan rumah menjaringkan gol pertama seawal minit keempat.
“Bukannya sukar untuk menjelaskan mengenai kekalahan hari ini (semalam) kerana semua orang boleh nampak bahawa kami gagal bersaing dengan mereka sejak awal permainan lagi, terutamanya selepas gol pertama.
“Saya sangat kecewa kerana kami tidak agresif selain sukar mencari jalan penyelesaian. Selepas gol ketiga, saya dapat lihat pasukan seolah-olah sudah mengaku kalah dan keadaan itu cukup sukar,” katanya.
Pada perlawanan itu, Leandro Trossard membuka tirai jaringan buat Arsenal sebelum Ben White dan bekas penyerang Chelsea, Kai Havertz masing-masing meledak dua gol bagi menambah derita pelawat.
Sementara itu, Pochettino juga menjadikan faktor kecederaan pemain sebagai salah satu punca yang menjadikan pasukannya sukar untuk menampilkan aksi konsisten sepanjang saingan musim ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... sea-sejak-38-tahun/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|