View: 1067|Reply: 0
|
EPL: Arsenal perlu raih kemenangan
[Copy link]
|
|
ARSENAL terdesak untuk meraih kemenangan ke atas Spurs bagi mengukuhkan kedudukan di puncak EPL. - AFP
LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menggesa para pemainnya meningkat tahap kesediaan dan persembahan menjelang derbi utara London menentang Tottenham Hotspur malam ini.
Aksi malam ini sangat penting buat The Gunners untuk mereka mengukuhkan penguasaan Liga Perdana Inggeris sebagai pendahulu sekali gus menyalakan harapan untuk pemburuan gelaran musim ini.
Arsenal ketika ini memiliki kelebihan satu mata berbanding pencabar utama, Manchester City yang masih kekurangan satu perlawanan dan bakal turun menentang Nottingham Forest selepas aksi derbi dua pasukan dari London itu berakhir.
Bagaimanapun, Arteta tidak menolak kesulitan yang bakal dihadapi pasukannya berdepan Spurs selepas mereka terikat 2-2 di Emirates pada September lalu dan menggesa para pemainnya meningkat ‘gear’ persembahan.
“Nikmati suasana ketika ini, cuba lakukannya dengan cara paling biasa. Spurs sangat kompetitif ketika ini, hanya satu yang kami mampu lakukan, beri saingan. Kelebihan kami adalah pemain tahu cara untuk menang perlawanan ini,” katanya.
Kejayaan City menewaskan Brighton 4-0 menyaksikan mereka terus memberikan tekanan kepada Arsenal untuk meraih gelaran keempat saingan EPL berturut-turut, namun ia tidak mengganggu fokus Arteta dan Arsenal ketika ini.
“Ia satu lagi aksi yang mana mereka terus memenangi perlawanan dengan yakin, namun itu bukanlah berada di bawah kawalan Arsenal. Kami hanya akan melakukan apa yang kami perlu lakukan.
“Anda perlu tunjukkan dalam setiap musim, setiap perlawanan kerana saingan liga ini sangat mencabar. Kami akan memberikan segala-galanya untuk menang dan jika kami menang, kami akan cuba menang lagi aksi seterusnya,” jelasnya.
Arsenal sangat mengharapkan untuk menamatkan kemarau gelaran EPL sejak 20 tahun lalu buat kali pertama selepas dikecewakan City musim lalu biarpun suatu ketika memiliki kelebihan lapan mata sebagai pendahulu.
Rekod prestasi Arsenal pada perlawanan di gelanggang musuh setempatnya itu tidak begitu baik hanya berjaya meraih dua kemenangan dalam 10 pertemuan, namun aksi terakhir pada 16 Januari 2023 memihak kepada The Gunners dengan kemenangan 2-0. – AFP
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... lu-raih-kemenangan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|