CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 938|Reply: 1

Klopp kibar bendera putih

[Copy link]
Post time 28-4-2024 10:43 AM | Show all posts |Read mode

AKSI tegang antara Salah dan Klopp di hujung perlawanan semalam. FOTO Reuters

London: Liverpool yang semakin tipis untuk meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) diberi satu lagi tamparan hebat apabila seri 2-2 dengan West Ham semalam.

The Reds, yang bergelut selepas tewas 0-2 di Everton pertengahan minggu ini, melepaskan tandukan lewat Michail Antonio, sekali gus hanya mencatat keputusan seri dengan West Ham.

Mereka kekal di tempat ketiga dengan 75 mata, satu mata di belakang pasukan tempat kedua Manchester City, yang kurang dua perlawanan, dan dua mata di belakang pendahulu Arsenal.

Kedua-dua City dan Arsenal akan turun beraksi hari ini.


"Saya berkata sebelum ini kami perlu memenangi perlawanan, kami tidak melakukannya, tidak memperbaiki keadaan kami secara besar-besaran.

"Adakah mereka (City dan Arsenal) kelihatan seperti akan tewas dua atau tiga perlawanan? Tidak, saya tidak fikir begitu."

Skuad kendalian Klopp bolos terlebih dahulu apabila Jarrod Bowen menjaringkan gol sejurus sebelum rehat.

The Reds menyamakan kedudukan melalui Andy Robertson selepas aksi disambung semula dan kemudian Cody Gakpo meletakkan mereka di depan pada minit ke-65, sebelum Antonio menyamakan kedudukan apabila dia menyambut hantaran lintang Bowen dengan tandukan pada minit ke-77.

Perlawanan Liverpool dicemari oleh aksi panas antara Klopp dan Mohamed Salah apabila dia dimasukkan pada lewat permainan.

"Kami bercakap mengenainya di bilik persalinan dan ia sudah selesai buat saya," kata Klopp kepada pemberita.

Salah, bagaimanapun, memberitahu wartawan bahawa 'akan ada kebakaran hari ini jika saya bercakap", dalam rakaman yang dimuat naik ke media sosial.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kibar-bendera-putih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 12:15 PM | Show all posts
Boleh cuba lagi ya next season
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.042671 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list