CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4221|Reply: 0

EPL: City elak seri baki empat perlawanan

[Copy link]
Post time 30-4-2024 10:59 AM | Show all posts |Read mode

HAALAND (kiri) masuk sebagai pemain gantian dan masih berupaya meledak gol kedua City menewaskan Forest malam kelmarin. – AFP

NOTTINGHAM – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memberi amaran kepada barisan pemainnya supaya tidak tercicir mata dalam baki empat perlawanan sekiranya mahu mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

The Citizens meredakan sedikit tekanan dihadapi ketika ini apabila mencatat kemena­ngan penting 2-0 ke atas Nottingham Forest pada perlawanan yang berlangsung di City Ground malam kelmarin.

Kemenangan itu memastikan City terus mengekori rapat pendahulu, Arsenal dengan ketinggalan satu mata, namun kelebihan masih menjadi milik skuad bimbingan Guardiola itu apabila beraksi kurang satu perlawanan.

“Kami mengharapkan mereka (Arsenal) kalah, tetapi kami tidak boleh kawal perkara seperti itu. Saya tahu mereka tidak akan tercicir mata selepas ini, jadi kami juga pasti melakukan perkara yang sama.

“Perlawanan hari ini (kelmarin) sangat sukar, tetapi kami bermain lebih baik berbanding musim lalu. Kami juga bernasib baik kerana mereka gagal memanfaatkan beberapa peluang ekoran keadaan padang yang kurang memuaskan,” katanya.

Pada perlawanan itu, City membuka tirai jaringan menerusi pemain pertahanan, Josko Gvardiol di minit ke-32 sebelum penyerang, Erling Haaland ­melengkapkan kemenangan di separuh masa kedua.

“Pemain sedikit bergelut tetapi masih menampilkan aksi terbaik, terutamanya di separuh masa kedua. Saya juga perlu akui bahawa mereka kadang-kadang bermain lebih baik berbanding kami,” ujar Guardiola. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... i-empat-perlawanan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.186029 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list