CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8788|Reply: 0

[Melaka] Ulat parkir raih RM300 semalam

[Copy link]
Post time 4-5-2024 10:52 AM | Show all posts |Read mode

Anggota Penguat Kuasa MBMB dan polis menahan lima 'ulat parkir' dipercayai aktif mengutip caj parkir tanpa lesen. FOTO Bernama

Melaka: Lima 'ulat parkir' yang membuat kutipan parkir tanpa lesen di tapak letak kereta awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ditahan dalam operasi khas di Kampung Hulu di sini, malam tadi.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, tiga lelaki dan dua wanita tempatan berusia 44 hingga 47 tahun itu ditahan dalam operasi membabitkan polis, anggota penguat kuasa MBMB dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bermula 9 malam tadi.

Beliau yang ditemui pemberita selepas operasi berkenaan berkata pihak berkuasa turut merampas wang tunai RM75 dipercayai hasil kutipan parkir secara haram.

Katanya, siasatan awal mendapati kumpulan ulat parkir berkenaan mula aktif mengutip bayaran parkir pada harga antara RM5 hingga RM10 bagi sebuah kereta sejak sebulan lepas dan mereka dipercayai mampu meraih kutipan sehingga RM300 satu malam.


"Dalam operasi yang dijalankan, anggota penguat kuasa melakukan penyamaran dan kesemua individu terbabit sedang menjaga kawasan parkir berkenaan dan mengutip bayaran daripada orang awam," katanya.

Menurutnya, kawasan parkir awam MBMB itu hanya mengenakan bayaran parkir kenderaan sehingga 6 petang, namun kumpulan ulat parkir itu kemudian mengambil kesempatan membuat kutipan secara haram.

Shadan berkata, ujian saringan air kencing mendapati dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu positif dadah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -raih-rm300-semalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.289091 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list