CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24706|Reply: 26

Barang rumah bakal dilelong, Vida reda hadap ujian yakin di pihak benar. Siap sebut nama 'Esah' punca bisnes rosak

[Copy link]
Post time 9-1-2025 10:45 PM | Show all posts |Read mode



USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida tampil mempertahankan diri dan menjelaskan perkara sebenar mengenai isu tuntutan hutang oleh sebuah syarikat kontraktor sebelum ini.

Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 54, dia sudah pun membayar sebanyak RM3.5 juta kepada syarikat berkenaan bagi projek renovasi sebuah kilang menjadi studio.

Vida bagaimanapun mendakwa hasratnya untuk melihat studio itu siap dalam jangka masa tiga bulan tidak tercapai apabila pihak terbabit menghilangkan diri.

“Semua tidak tahu apa sebenarnya terjadi. Saya minta dia siapkan studio dalam masa tiga bulan, dan sudah pun bayar sepenuhnya.

“Dia minta extra kalau nak cepat, saya bayar penuh sebanyak RM3.5 juta. Bila dapat duit, dia hilang selama tiga bulan dan tidak tahu kemana.

“Jadi saya hanya ‘deal’ dengan orang bawahan. Apa spesifikasi yang saya minta, tidak dapat. Tandas tiada, elektrik pun tiada,” katanya kepada mStar.

Vida memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Nona Superwoman Award 2024 di M World Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Ditanya mengenai perkembangan terkini acara lelongan barangan di rumahnya, Vida memaklumkan ia ditunda buat sementara waktu.

Malah usahawan berasal Kelantan itu yakin dia berada di pihak benar dan akan perjuangkan perkara tersebut mengikut saluran yang betul.

Kita ni kalau nak berniaga, jangan tipu orang lain. - DATUK SERI VIDA

“Saya reda dan saya yakin di pihak yang benar. Ada ujian yang dilalui kerana tuhan nak bagi ganjaran.

“Saya dah buat macam-macam usaha, insya-Allah sekarang saya tawakal,” ujarnya.

Dalam pada itu, Vida juga sempat berkongsi tips untuk menjadi usahawan berjaya adalah tidak boleh menipu orang lain.

“Kita ni kalau nak berniaga, jangan tipu orang lain. Tidak berkat (perniagaan),” ujarnya.



Pada 25 November lalu, mStar melaporkan aset milik Vida di kediamannya yang terletak di Persiaran Bukit Meru, Ipoh Perak terpaksa disita susulan tidak membayar hutang berjumlah RM1,060,285 kepada kontraktor yang dilantik iaitu Ah Design Communication.

Hutang tersebut adalah berkenaan pengubahsuaian sebuah kilang di Shah Alam, Selangor menjadi studio pada tahun 2018.

Sumber : Mstar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ada esah tu tokcah sebab mulanya tokbadak ni jatuh lepas kes scam tokcah kat gv..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Peliknya dia kata jangan tipu.

Dia tipu Aishah
Dia tipu cop Halal Jakim
Dia tipu pasal vidacoin
Dia tipu jus kuruz
Dia tipu yg cloroks ke apa nama krim dia jual untuk putih

Apa lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 11:22 PM | Show all posts
baca boleh percaya idok ler... geng yg melabor vida coins tersenyum sinis sampai kena heret lawyer apa cerr?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Begitulah vida. Ke hulu ke hilir kecek klate membongak. Tiba tiba baca ayat seribu dinar depan wartawan. Gila gila punya level penunggang dah dorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 9-1-2025 11:14 PM
Peliknya dia kata jangan tipu.

Dia tipu Aishah

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2025 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 9-1-2025 11:14 PM
Peliknya dia kata jangan tipu.

Dia tipu Aishah

Tu pun ada lagi yg percaya kat tokbida ni.. bukan dpt ada pun support org cmni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
This is mek klate ok
Don't play play
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 08:35 AM | Show all posts
Sama macam Jerald Singapore Scammer tuduh 'Sam' yang tak wujud
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm bapuk x siap je muka vida dlm gambar ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata mereka pompuan kelate aje terpaling lawa terpaling pandai bisnes
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 11:40 AM | Show all posts
Dia menipu orang boleh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
annadonna replied at 10-1-2025 12:10 AM
Begitulah vida. Ke hulu ke hilir kecek klate membongak. Tiba tiba baca ayat seribu dinar depan warta ...

I seram jenis org yg baca ayat quran hembus hembus kat org lain macam jampi serapah azimat ni

Ada sorg pakcik ni gigih dia bg tips nak bg org lembut hati ke apa entah dgn satu doa tu
Tp kena baca dekat org tu (ye la untuk close deal kan)

Padahal doa sama kita baca dlm doa lepas solat tu je takde apa special pun. I percaya doa simple pun tp kita ulang ulang yg tu pun ok je

Dlm hal ni i hati gelap ke pengamal ayat hembusan ni hati gelap?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 01:42 PM | Show all posts
tok bida, jalan pun dah macam2 nenek.....udah2 la tu jadi influencer.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg support die pon sskjp jugak kan..asal budu kekdahnyeee
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
korang ok tak beli perabut DS Vida?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 02:24 PM | Show all posts
hazabedah sungguh ye muka dia. takut tengok. banyak duit buat la muka elok2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahana bila gile glemer, klu dlu org x kenal mmg laku giler produk dia, skg org was2 nak beli dah
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah tuduh orang lain la vida oi... kau jatuh sbb angkara diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Anugerah menda nona superwomen ni?
Bidah menang gak ke?
Napa akak tgk yg menang mcm takda apa2 pencapaian yg bermanfaat pun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:28 PM GMT+8 , Processed in 1.022340 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list