CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8283|Reply: 0

Jepun juara Piala Asia B-23 kali kedua

[Copy link]
Post time 4-5-2024 11:17 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Jepun meraikan kejayaan mengatasi Uzbekistan 1-0 pada final Piala Asia B-23 di Stadium Jassim Bin Hamad, Doha awal pagi tadi. – Foto REUTERS

DOHA: Jepun menjuarai Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) selepas mereka menundukkan Uzbekistan 1-0 awal pagi tadi dengan penjaga gol Leo Kokubo menyelamatkan penalti pada masa kecederaan bagi memastikan trofi milik pasukan kendalian Go Oiwa.

Pemain gantian Fuki Yamada menjaringkan gol tunggal kemenangan apabila dia merembat leret ke penjuru gol Uzbekistan pada minit ke-91, namun insiden Hiroki Sekine memegang bola menghadiahkan Uzbekistan peluang untuk membawa perlawanan itu ke masa tambahan.

Kokubo bagaimanapun melayangkan badannya ke sebelah kanan untuk menyelamatkan sepakan penalti Umarali Rakhmanaliev sekali gus menyaksikan Jepun merangkul kejuaraan B-23 kali kedua sejak 2016.

Jepun dan Uzbekistan layak ke final di Stadium Jassim Bin Hamad di Doha sesudah meraih dua daripada tiga tempat automatik Asia ke Sukan Olimpik Paris pada musim panas ini, dengan kejohanan itu dijadikan sebagai pusingan kelayakan bagi menentukan wakil Asia ke temasya berkenaan.

Iraq meraih tangga ketiga kelmarin selepas kemenangan dalam masa tambahan ke atas Indonesia, yang akan berdepan Guinea pada 9 Mei ini bagi merebut tempat terakhir ke temasya Olimpik. – REUTERS

https://www.bharian.com.my/sukan ... sia-b-23-kali-kedua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.177581 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list