CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5568|Reply: 0

Sabah jumpa KL City tentukan juara Piala SMJ

[Copy link]
Post time 4-5-2024 01:03 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Sabah FC, Telmo Castanheira (kiri) bersaing dengan pemain Kuching City pada aksi Piala Sabah Maju Jaya di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi. – Foto Sabah FC

KOTA KINABALU: Sabah FC akan berdepan Kuala Lumpur City pada final pertandingan pramusim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2024 di Stadium Likas, di sini malam esok.

Aksi kedua-dua pasukan pada perlawanan akhir itu pasti menarik perhatian peminat dan penyokong bola sepak Sabah selepas mereka seri tanpa jaringan Rabu lalu.

Sabah bernasib baik dapat bertemu sekali lagi dengan KL City apabila mengikat Kuching City 0-0 pada perlawanan ketiga malam tadi.

Keputusan itu membolehkan skuad Sang Badak mengumpul lima mata selepas menang sekali dan seri dua kali, manakala Kuching satu mata di belakang mereka.


KL City pula meraih tujuh mata selepas menang dua perlawanan dan seri sekali, manakala Hougang United dari Singapura gagal mengutip sebarang mata apabila tewas semua tiga perlawanan.

Kuching City yang menewaskan Hougang United 1-0 Rabu lalu perlu mengalahkan Sabah untuk memintas tuan rumah itu malam tadi, namun terpaksa akur dengan keputusan seri.

Berikutan itu, Kuching City sekali lagi berdepan Hougang United bagi penentuan tempat ketiga dan keempat Piala SMJ di stadium sama petang esok.
https://www.bharian.com.my/sukan ... kan-juara-piala-smj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.250577 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list