Spekulasi tentang Linkin Park ini reunion semula sempat ‘disahkan’ oleh Jay Gordon dari Orgy yang mendakwa terdengar kumpulan tersebut akan kembali aktif. - Gempak
SATU sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan membuat reunion sekali gus melancarkan siri jelajah konsert pada 2025.
Untuk melengkapkan anggota kumpulan yang kini tinggal tiga iaitu Mike Shinoda, Brad Delson dan Dave Farrell selepas kematian vokalisnya, Chester Bennington, Linkin Park mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat vokalis perempuan, lapor Billboard.
Spekulasi tentang Linkin Park reunion semula ini sempat ‘disahkan’ oleh Jay Gordon dari Orgy yang mendakwa terdengar kumpulan tersebut akan kembali aktif.
“Linkin Park memang alami kesukaran tanpa Bennington tetapi mereka akan kembali. Saya dengar bersama vokalis perempuan,” katanya yang bagaimanpun kemudiannya menafikan pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.
Khabar kumpulan yang terkenal dengan lagu In The End akan kembali bersama vokalis perempuan juga dikuatkan dengan penyanyi Evanescence, Amy Lee yang dikatakan akan mengantikan tempat Bennington.
“Saya tidak pasti tentang itu, tetapi jika betul ia memang luar biasa,” kata Amy Lee tentang gosip tersebut.
Linkin Park adalah salah sebuah kumpulan paling sukses di dunia pada tahun 2000 dengan album mereka terjual sebanyak 29.4 juta unit hanya di Amerika Syarikat.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
iols sempat beli kaset album pertama n kedua je. Album ke-3 kot yang beli cd cetak rompak masa tu dah tak ingat..tapi 2 album pertama memang best2 lagunya.
Post time 6-5-2024 08:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
borrow replied at 5-5-2024 10:22 PM
Minat lagu2 LP tp tk pnh plak tgk sapa composer hehe.
Sapa kata aku minat?aku minat old school ler..rhcp, faith no more gitu.aku just tanya.. reunion ni selalunya tend nk buat album baru gak.kalo chester yg compose benda ni akn flop.tapi kalo hanya nk touring mungkin ok kot.sbb org pun lagi berminat nk dengar lagu2 lama
Post time 6-5-2024 09:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
borrow replied at 6-5-2024 08:41 AM
Lor slh fhm ni. Ai ckp ai yg minat lagu LP. Selalu je pasang. Tp tk pnh plak amik tau psal kompos ...
Owh....jap tadi google. chester x tulis majority lagu2. bukanlah songwriter mcm kurt cobain,chris cornell bila dah mati..mati terus band tu.kira LP masih boleh diselamatkan
mostly all the members yg buat..tp mastermind shinoda..diorg jarang nyanyikan lagu2 ciptaan komposer luar
tp berita tentang reunion ni aku susah nak percaya unless ada statement rasmi dari diorg, kalau sekadar cakap2 macam ni toksah percaya lah..diorg masih dlm hiatus indefinitely..kalau ada lagu2 yg diorg release pun kebanyakkannya lagu2 lama yg terperam atau tak masuk dlm official record
ikutkan artikel atas diorg tinggal 3 org?? apa bendalah writer yg tulis artikel nih..check your facts right another 2 members nak tinggal kat mana? takde berita pun diorg keluar
Post time 6-5-2024 09:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Okay je suara Amy. Tp tak suka lagu LP org lain yg nyanyi. Bila dgr lagu in the end di remix rasa annoying. Lg satu best je lagu² dlm album last LP. Dapat rasa chester punya emotion lagi² dlm lagu heavy. Tapi LP dah dapat kritikan since lagu Leave out all the rest lagi
owh jadi..by group la.bukanla individu.sbb kt artikel tu kata alami kesukaran.some band mmg struggle kalo key member dahtakde.itu yg tanya sapa yg tulis lagu2.tambah2 zaman digital ni mmg dapat sikit dari physical album,jadi diorg nak tour ni mmg perlu kalo nk survive
minah tu ingat marhaen yg lalu lalang je kot btw kejadah ko jd reputs hiburan tak kenal salah sorg lejen nu metal. nasib baik lah abang mike tu humble jah org nya, kalo buat mcm tu kat pakcik hattan memang abis la ko kena maki hamun
peliknya as a reporter tak kenal otai dlm muzik industry, especially in nu metal scene..tak buat research dulu kepastu main sauk je ke utk interview..mujurlah si mike tuh jenis humble