|
Akhyar cedera di kepala dalam insiden rompakan Khamis lalu. - Foto Media Sosial
KUALA LUMPUR: Jiwa penyerang sensasi Terengganu FC, Akhyar Rashid cukup besar apabila dia mendoakan agar pesalah yang memukulnya diberikan hidayah dan kembali ke pangkal jalan.
Jelas Akhyar, dia kini dalam keadaan stabil dan baik selepas mendapatkan rawatan di hospital.
Kata pemain skuad Harimau Malaya itu, dia berterima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraannya selepas insiden hitam itu.
"Assalamualaikum, 'first of all' terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan saya.
"Alhamdulillah 'all good' semoga kita semua di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT, Amin. Semoga pelakunya diberikan petunjuk dan hidayah olehnya," kata Akhyar atau lebih popular dengan panggilan Mat Yat.
Khamis lalu, dia yang menyertai skuad Penyu atas status pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) cedera apabila disamun di sebuah kondominium di Kuala Terengganu.
Dalam kejadian kira kira jam 9 malam itu, Akhyar, 25, yang baru sahaja keluar dari kereta dipukul dengan senjata dipercayai cota di kepala dan badan oleh suspek yang tidak dikenali.
Suspek turut merampas dompet dan telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri.
Mangsa yang cedera kemudian dikejar ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... k-diberikan-hidayah |
|