CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2454|Reply: 0

[Selangor] Tiga beranak ditemukan lemas di Sungai Balak, Batang Kali

[Copy link]
Post time 5-5-2024 04:12 PM | Show all posts |Read mode

Tiga beranak ditemukan lemas kira-kira pukul 1.09 petang tadi di Sungai Balak, Batang Kali.

HULU SELANGOR – Seorang bapa dan dua anaknya dilaporkan lemas di Sungai Balak berdekatan Jalan Genting Lama Batang Kali, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 1.09 tengah hari tadi.

“Tiga mangsa tempatan yang terlibat, bapa berusia 43 tahun dan dua anaknya (perempuan, 9, dan lelaki, 6) disahkan meninggal dunia.

“Menurut Komander Operasi, PBK II Mohd Yusof Md Ali, kesemua mangsa dijumpai pada pukul 1.35 petang pada jarak 30 meter dari mangsa lemas. Mereka sekeluarga dari Kampung Kuantan, Batang Kali datang ke sungai tersebut untuk bermandi-manda bersama keluarga.

“Kerja-kerja membawa naik kesemua mangsa selesai dilakukan dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk tindakan lanjut,” katanya. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -balak-batang-kali/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.533820 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list