CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3481|Reply: 0

Impian Eropah Chelsea kembali menyala

[Copy link]
Post time 6-5-2024 12:50 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Chelsea, Nicolas Jackson (tengah) meledak dua gol ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang West Ham di Stamford Bridge, London. - Foto AFP

LONDON: Kemenangan berturut-turut pertama Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak empat bulan lalu membolehkan skuad kendalian Mauricio Pochettino kembali memburu tempat dalam kejohanan Eropah musim depan.

Kemenangan 5-0 ke atas West Ham - dengan Nicolas Jackson meledak dua gol - menyusul empat hari selepas The Blues menewaskan satu lagi tetangga London, Tottenham Hotspur 2-0 pada Khamis.

Ini adalah kali pertama Chelsea memenangi dua aksi liga berturut-turut sejak tiga deretan kemenangan dari Disember hingga Januari.

Ia juga kali pertama musim ini mereka tidak dibolosi dalam dua perlawanan berturut-turut.


Pengendali Chelsea, Pochettino berkata, pasukannya mengambil langkah penting dan mula menemui rentak sebenar sebagai satu pasukan selepas dikumpul sepanjang dua tahun lalu sejak kelab diambil alih pemilik dari Amerika Syarikat.

"Prosesnya akan memakan masa. Anda tidak akan tahu jika ia sebulan, enam bulan atau setahun, tetapi saya rasa apa yang paling penting ialah mereka mula memahami prinsipnya, dan mula bersatu sebagai satu kumpulan," kata Pochettino.

Dalam musim pertama Pochettino di Stamford Bridge, beberapa kali Chelsea menunjukkan sinar kebangkitan, tetapi kemudian kembali pudar.

Selepas kemenangan 4-3 ke atas Manchester United di awal bulan lalu, dia berkata Chelsea berada di titik perubahan, tetapi kemudian diikat 2-2 oleh kelab tercorot, Sheffield United, sebelum dibelasah Arsenal 5-0 pada akhir April.

Kini harapan baharu timbul lagi dengan skuad termuda Liga Perdana Inggeris itu dilihat mula menunjukkan keserasian.

Chelsea kini di tangga ketujuh liga - kelayakan ke Liga Konferens Eropah - dua mata di belakang Newcastle United untuk perebutan tempat ke Liga Europa musim depan.

Manchester United akan kembali memintas Chelsea dan Newcastle sekiranya berjaya menewaskan Crystal Palace awal pagi esok. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... sea-kembali-menyala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.060080 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list