CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2611|Reply: 0

Faisal mungkin terlepas kelayakan Piala Dunia 2026

[Copy link]
Post time 6-5-2024 03:18 PM | Show all posts |Read mode

PAN-GON

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui terkejut dengan ‘malapetaka’ melibatkan kem bola sepak kebangsaan selepas tonggak utama, Faisal Halim dan Akhyar Rashid diserang penjenayah baru-baru ini.

Sebagai rekod, Akhyar telah diserang menggunakan cota selepas pulang daripada sesi latihan bersama Terengganu FC di Kuala Terengganu minggu lalu sehingga memerlukan jahitan di kepala.

Namun, serangan melibatkan Faisal lebih serius selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di pusat beli belah di Damansara semalam.

Dipetik menerusi portal Korea Selatan, Naver.com, Pan-gon meluahkan kebimbangan mengenai insiden yang membabitkan kedua-dua anak buahnya dalam masa yang singkat.

“Pan-gon ketika dihubungi agak terkejut dengan insiden tersebut terutama melibatkan Faisal yang telah ditemui beberapa hari sebelum kejadian,” kata portal tersebut.

Sementara itu, Pan-gon hanya mengharapkan kedua-dua pemain tersebut segera sembuh daripada kecederaan yang dialami ketika ini menerusi muat naik di laman Instagram peribadinya.

“Saya doakan yang terbaik buat mereka,” kata pengendali kelahiran Korea Selatan itu.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika ditemui pemberita semalam menyatakan Faisal mungkin terpaksa diketepikan beberapa bulan.

Malah, Hamidin mahu tonggak Selangor FC itu perlu melupakan seketika dunia bola sepak dan fokus kepada pemulihan dirinya.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Faisal terlepas baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 /Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun dan Taiwan pada 11 Jun depan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... n-piala-dunia-2026/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049164 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list