CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2876|Reply: 0

[Perak] Lapan lelaki masuk hutan simpan tanpa permit didenda RM7,000 seorang

[Copy link]
Post time 9-5-2024 02:20 PM | Show all posts |Read mode

Lapan lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, hari ini atas pertuduhan memasuki hutan simpan kekal tanpa permit, dua bulan lalu. Foto/MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.

Kuala Kangsar: Lapan lelaki didenda RM7,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, di sini, hari ini selepas mengaku memasuki hutan simpan kekal tanpa permit, dua bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Shukri Abd Latif, 48, Jamil Chew Abdullah, 55, Che Mohd Rabillah Che Hassan, 36, Mohd Fadzli Abd Latif, 44, Fahmie Adiran Azmi, 35, Muhammad Rezwan Harun, 41, Mohd Anuar Md Jusoh, 50, dan Azrul Hafizi Abdullah, 41, masing-masing membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Rohaida Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua mereka didakwa memasuki hutan simpanan kekal tanpa permit yang sah di Kompartmen 359 Hutan Simpan Banding, di daerah Hulu Perak pada 7 hingga 8 Mac lalu.

Oleh yang demikian, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 47(1)(c) Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 47 (4) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Perak, Wan Azimah Yaacob dan Timbalan Pendakwa Raya, Phulrani Kaur manakala semua tertuduh diwakili peguam, Ahmad Adha Amir Yasser.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman denda RM7,000 bagi setiap tertuduh dan enam bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Pada 12 Mac lalu, media melaporkan sekumpulan lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan mengebom ikan apabila beberapa bangkai haiwan itu ditemui di sekitar kawasan sungai dalam hutan.

Pada 15 Mac pula, Jabatan Perhutanan Negeri Perak dilaporkan membekukan pemberian Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal di daerah Hulu Perak bagi membolehkan siasatan berhubung kes pengeboman ikan itu dilakukan.

https://www.bharian.com.my/berit ... enda-rm7000-seorang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.044106 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list