View: 7308|Reply: 0
|
Kem Selangor 'sendu' tanpa Faisal
[Copy link]
|
|
KEM SFC tidak lagi ceria seperti sebelum ini memandangkan Faisal antara individu yang sering ‘menghidupkan’ suasana. FOTO Ihsan Selangor FC
Shah Alam: Kem Selangor FC (SFC) berada dalam keadaan terkawal dengan barisan pemain bersikap profesional walaupun mengetahui rakan sepasukan mereka menjadi mangsa simbahan asid baru-baru ini.
Ketua Perubatan Sukan SFC Dr Muhammad Hazwan Khair berkata, pihaknya sentiasa memantau keadaan emosi dan psikologi barisan pemain sejak berlakunya insiden simbahan asid membabitkan tonggak skuad Gergasi Merah Faisal Halim.
Namun, beliau berkata, kem SFC tidak lagi ceria seperti sebelum ini memandangkan Faisal antara individu yang sering 'menghidupkan' suasana terutamanya ketika sesi latihan atau sebelum mengharungi perlawanan Liga Super.
"Semua pemain bersikap profesional dan menjalani latihan seperti biasa walaupun terdapat banyak dugaan yang melanda pasukan ketika ini.
"Pasukan perubatan sentiasa memantau keadaan pemain terutamanya membabitkan emosi dan sekarang ini situasi dalam kem SFC semakin baik.
"Kita pun tahu Faisal seorang yang ceria dan bila dia tiada dalam kem SFC agak sunyi dan rasa lain," katanya.
Terdahulu, Faisal disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada serangan yang berlaku di Damansara pada Ahad lalu sehingga disahkan melecur tahap empat.
Berikutan kejadian itu, SFC mengumumkan untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih menentang JDT yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu.
SFC menerusi kenyataannya memaklumkan, pengurusan kelab telah mengambil maklum keputusan MFL untuk tetap meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei ini.
Sementara itu, Hazwan memaklumkan Faisal atau lebih mesra dipanggil Mickey masih lagi dalam proses rawatan sebelum beralih ke fasa pemulihan yang akan dibantu Institut Sukan Negara (ISN).
"Sekarang ini, Faisal dalam proses rawatan dan bukannya pemulihan seperti yang dikatakan. Kita mahu fokus kepada proses skin allograft supaya tiada jangkitan sekali gus boleh menjalani rawatan seterusnya kelak," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -sendu-tanpa-faisal |
|
|
|
|
|
|
| |
|