CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5858|Reply: 2

Rossi teruja sertai Le Mans

[Copy link]
Post time 13-5-2024 12:39 PM | Show all posts |Read mode

Jentera BMW M4 GT3 yang dipandu Valentino Rossi dalam Kejuaraan Endurance Dunia FIA musim ini. – Foto WRT - W Racing Team

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium: Perlumbaan MotoGP sudah melihat aksi Valentino Rossi namun juara dunia tujuh kali itu masih bekerja keras di litar dan kini memandu kereta.

Sejak meninggalkan perlumbaan dua roda pada hujung musim 2021, pelumba berusia 45 tahun itu mengalih tumpuan kepada empat roda dan ketika ini terbabit dengan Kejuaraan Endurance Dunia (WEC) bersama pasukan BMW GT3 WRT, laluan yang menjurus kepada perlumbaan 24 jam Le Mans bulan depan.

"Apabila saya bermula dengan sukan permotoran, bertanding dalam perlumbaan 24 jam Le Mans adalah objektif pertama saya kerana ia perlumbaan paling berprestij di dunia," kata Rossi ketika menyertai perlumbaan 6 jam Spa-Francorchamps, peringkat ketiga dalam kalendar WEC.

"Tahun lalu saya berjaya memandu di litar itu dan saya benar-benar teruja. Ia satu penghormatan untuk mampu bertanding di Le Mans.


"Untuk menang di Le Mans, segala-galanya perlu sempurna."



Pemandu dari Itali, Valentino Rossi melayan soalan wartawan sebelum perlumbaan 6 jam Spa-Francorchamps dalam Kejuaraan Endurance Dunia FIA di Francorchamps, Belgium. – Foto AFP

Perlumbaan kereta yang mengambil masa jauh berbeza daripada perlumbaan motosikal namun warga Itali itu melihat ada persamaan dan jelas berjaya menyesuaikan diri dengan dunia endurance.

Sekalipun gagal menamatkan perlumbaan di Spa, dia kini berkongsi tangga ke-10 dalam kejuaraan GT3 dunia.

"Saya benar-benar sukakan perlumbaan 24 jam dan saya sudah menamatkan tiga daripadanya.

"Ada banyak kereta menakjubkan, beberapa pemandu yang amat bagus dan suasana mengagumkan. Anda perlu bekerja keras dan menekan hingga ke maksimum kerana tahapnya amat tinggi, tetapi saya amat gembira.

"Perbezaan besar adalah format kerana dalam MotoGP perlumbaan berakhir dalam 45 minit, di sini ia beberapa jam.

"Jadi ada banyak strategi dan anda perlu berkongsi kereta, sesuatu yang saya amat sukai." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ruja-sertai-le-mans
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 02:02 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan ke atas penyertaan sukan motor yang baharu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 07:23 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia won the badminton thailand open 2024. proud of Malaysia. here is the video and enjoy it.

https://youtu.be/wEhnJgpXiyY
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.231471 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list