View: 3925|Reply: 1
|
Josue dedikasikan gol buat Faisal
[Copy link]
|
|
Josue (kiri) mendedikasikan jaringannya ketika bertemu Kuching City FC kepada Faisal Halim sebagai tanda penghargaan buat rakan sepasukannya. - Foto media sosial
KUALA LUMPUR: Penjaring gol pertama KL City FC musim ini, Paulo Josue tidak melepaskan peluang untuk mendedikasikan jaringannya ketika bertemu Kuching City FC (KCFC) kepada Faisal Halim sebagai tanda penghargaan buat rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan itu.
Paulo meraikan jaringan pada minit ke-12 itu dengan gaya 'siuuu' seperti yang selalu dilakukan Faisal sambil berkongsi mesej 'semoga kuat' di bajunya sebagai tanda solidariti kepada pemain itu yang berdepan nasib malang susulan disimbah asid, baru-baru ini.
"Saya meraikan gol itu seperti Mickey kerana dia begitu rapat dengan kami dan semua berasa kesal dengan insiden yang berlaku.
"Kami mahu memberi galakan supaya dia tahu yang kami sentiasa berada di belakangnya. Ini satu sumbangan kecil yang boleh saya berikan kepadanya," kata Josue.
Pada aksi di Stadium Bolasepak Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) malam tadi, jaringan Josue hanya bertahan tujuh minit sebelum dipadam Pedro Henrique pada minit ke-19.
Hasrat skuad bimbingan Miroslav Kujalnac itu untuk memburu gol kemenangan bertambah sukar apabila pertahanannya, Adrijan Rudovic dilayangkan kad merah pada minit ke-38 selepas semakan semula menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR).
Keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan sekali gus memaksa kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
Selepas ini, KL City FC akan 'berehat' namun mereka akan Johor Darul Ta'zim (JDT) di laman sendiri pada 25 Mei sementara KCFC akan menentang Sri Pahang FC (SPFC) di Stadium Negeri, Ahad ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... kan-gol-buat-faisal |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah diucapkan kepada pasukan KL |
|
|
|
|
|
|
| |
|