CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6138|Reply: 0

[Tempatan] Polis kejar lelaki positif dadah pandu kereta sejauh 20km

[Copy link]
Post time 14-5-2024 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Polis kejar lelaki positif dadah pandu kereta sejauh 20km

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... kereta-sejauh-20km/

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
13 Mei 2024, 6:08 pm


Tangkap layar kejadian MPV polis mengejar kenderaan suspek hingga ke Plaza Tol Sungai Nyior, Butterworth, semalam.

SEBERANG PERAI – Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan selepas bertindak melarikan diri dengan kenderaannya sejauh 20 kilometer (km) dari Bukit Mertajam ke Plaza Tol Sungai Nyior, Butterworth di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya terlebih dahulu mengesan dua video tular berdurasi 32 saat menerusi aplikasi media sosial yang memaparkan aksi beberapa unit kereta peronda (MPV) mengejar sebuah kereta di kawasan SPT.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, anggota MPV menahan sebuah kereta yang dipandu suspek berusia 40-an kerana disyaki telah memukul seorang lelaki warga asing di Pusat Perniagaan Alma di Bukit Mertajam.

“Suspek bertindak memecut laju kenderaan yang dia naiki membuatkan unit MPV terpaksa mengejarnya. Suspek yang enggan memberhentikan keretanya telah melanggar sebuah motosikal di persimpangan Jalan Jaya Gading.

“Suspek akhirnya ditahan di Plaza Tol Sungai Nyior tidak lama kemudian sekali gus menemui botol plastik yang diubahsuai dipercayai digunakan untuk menghisap dadah dalam kenderaan terbabit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hasil siasatan lanjut kataya, suspek turut memiliki tiga rekod jenayah lampau selain dikesan positif dadah jenis Methamphetamine menerusi ujian air kencing. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.054730 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list