CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6949|Reply: 6

[Tempatan] Pergerakan anggota KPDN: Berhenti ke tandas, berhenti di kedai atau makan nasi berlauk, tonto pantau rapi

[Copy link]
Post time 14-5-2024 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 14-5-2024 01:06 AM

Berhenti ke tandas, berhenti di kedai atau makan nasi berlauk, tonto pantau rapi

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... k-tonto-pantau-rapi

Nor Fazlina Abdul Rahim
am@hmetro.com.my

Disiarkan pada: Mei 13, 2024 @ 1:18pm


Rantau Panjang: Setiap pergerakan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diintip rapi oleh tonto penyeludup minyak di kawasan sempadan terutama di Rantau Panjang.

Bermula mereka tiba di mana-mana stesen sekitar jam 8.30 pagi, terdapat tonto khas yang akan memerhati pergerakan mereka dalam usaha memastikan kegiatan penyeludupan minyak bersubsidi tidak dikesan.

Sebaik anggota KPDN tiba, tonto akan memaklumkan kepada kumpulan penyeludup menerusi kumpulan WhatsApp bahawa 'line tidak clear' dengan memaklumkan jenis kenderaan dinaiki anggota penguat kuasa pada hari berkenaan dan bilangan anggota yang bertugas.

Dalam tempoh itu, kumpulan penyeludup akan menjauhi stesen minyak dan berada di kedai-kedai makan berhampiran terlebih dulu.

Sebaik saja kenderaan anggota penguat kuasa keluar dari stesen dan berada di kedai makan, tempoh itu ibarat 'durian runtuh' buat kumpulan penyeludup dan mereka akan bergegas ke stesen minyak untuk mengisi petrol atau diesel.

Tonto yang dibayar oleh kumpulan penyeludup akan sentiasa memberi maklumat setiap masa bermula dari pagi sehingga petang.

Itu situasi yang berlaku di sempadan yang menyebabkan kegiatan penyeludupan minyak terus berlaku meskipun pasukan keselamatan memaklumkan pihaknya sentiasa membuat pemantauan.

Penyeludup yang dikenali sebagai Ahmad berusia 40-an berkata, setiap hari pergerakan anggota KPDN akan dipantau rapi.

"Mereka berhenti di tandas, berhenti di kedai atau makan nasi berlauk di mana-mana sekali pun, semua maklumat akan sampai kepada kami.

"Kami hanya perlu pantau kumpulan WhatsApp saja bagi memastikan kegiatan ini tidak dikesan oleh penguat kuasa.

"Selain tonto, pekerja stesen minyak juga turut menyalurkan maklumat sama ada keadaan ketika itu 'clear' atau sebaliknya," katanya.

Sementara itu, Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, turut mengakui kehadiran mereka di sempadan diintip oleh kumpulan penyeludup.

"Kita sedar semestinya ada 'mata-mata' yang memerhati setiap langkah pegawai dan anggota yang bertugas. Kumpulan penyeludup ini cukup licik dan mereka menggunakan segala taktik atau cara untuk pastikan kegiatan mereka berjalan lancar.

"Namun pada masa sama kita juga mempunyai cara tersendiri dan akan terus memantau dan mengenakan tindakan tegas kepada penyeludup minyak bersubsidi," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, sedut petrol guna kenderaan dan nombor pendaftaran Malaysia menjadi taktik terbaru sindiket penyeludupan petrol sebelum menghantar bekalan terbabit ke Thailand.

Taktik berkenaan dikesan mula aktif sejak awal tahun ini dengan kebanyakan mereka yang didalangi warga Thailand menggunakan Proton Waja memandangkan tangki minyak yang lebih besar berbanding kenderaan lain.

Mereka sanggup membeli kenderaan Malaysia dengan setiap sindiket mempunyai sekurang-kurangnya tiga kenderaan untuk kegiatan menyeludup minyak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 11:27 AM | Show all posts
so penguatkuasa pon bole la menyamar ala ala SB jugak..itu pon kalau buat kerja secara jujur..kalau kena rasuah jugak sampai bila2 tak selesai
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 01:54 PM | Show all posts
geng bini si topi nasik letewww
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by monsterwife at 14-5-2024 04:48 PM
Kitty_catz replied at 14-5-2024 01:54 PM
geng bini si topi nasik letewww


Aik...nak kena berguling mtk ampun?
Kalau x nak guling i x mau 1 Knee i nak 2 KNEE
English education gitu @dua_chzy
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendek kata masa penguatkuasa berak pun tonto boleh tahu.


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 05:40 PM | Show all posts
babi2 ni kalau diambik tindakan
meraung2 kaum kerabat kata cuma carik nafkah je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Yer ker tonto ngendap 24/7 sampai kencing verak org enforcement depa hapdet dlm grup WhatsApp...??
Sungguh kettewww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.064367 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list