|
GIROUD mencari pengalaman baharu di Amerika Syarikat. FOTO AFP
Milan: Penyerang Perancis, Olivier Giroud mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan AC Milan untuk menyertai Major League Soccer (MLS) apabila kontraknya tamat musim panas ini.
Terdapat laporan sebelum ini bahawa bekas pemenang Piala Dunia berusia 37 tahun itu merancang untuk menyertai rakan senegaranya Hugo Lloris di LAFC.
"Dua perlawanan seterusnya akan menjadi perlawanan terakhir saya untuk Milan," katanya dalam temu bual yang disiarkan di saluran rasmi AC Milan.
"Karier saya akan diteruskan dalam MLS. Saya sangat berbangga dengan semua yang saya lakukan di Milan sepanjang tiga musim. Ia adalah masa yang sesuai untuk mengumumkannya.
"Kisah saya dengan Milan berakhir tahun ini, tetapi Milan akan kekal di hati saya selama-lamanya."
Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman untuk Perancis itu sudah mengumpul 57 gol dalam 131 perlawanan.
Dia membantu Les Bleus memenangi Piala Dunia 2018 ketika menang ke atas Croatia.
Giroud menjaringkan 14 gol musim ini di AC Milan, manakala jumlah keseluruhan sebagai pemain profesional ialah 285 gol dalam 716 perlawanan dengan ketika meraih 13 trofi sepanjang bersama AC Milan, Chelsea (2018-21), Arsenal (2012-18) dan di negara asalnya, Perancis.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -sah-beraksi-di-mls |
|