View: 6889|Reply: 0
|
Klopp layan perasaan seorang diri di Anfield
[Copy link]
|
|
KLOPP dilihat berdiri di tengah-tengah padang seorang diri. FOTO AGENSI
London: Jurgen Klopp dilihat melayan perasaan seorang sendiri di Anfield ketika beliau sedang melakukan persiapan untuk perlawanan terakhirnya sebagai pengurus Liverpool.
Tempoh sembilan tahun pengendali dari Jerman itu sebagai pengurus Liverpool akan berakhir selepas perlawanan dengan Wolves, Ahad ini.
Dia muncul pengurus terhebat kelab itu pada era Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila memenangi kesemua gelaran termasuk Liga Juara-Juara pada 2019 dan menamatkan kemarau gelaran liga selama 30 tahun, setahun kemudian.
Perlawanan Ahad ini pasti cukup beremosi untuk semua pihak namun gambar yang tersebar di media sosial semakin menarik minat penyokong Liverpool.
Pengendali berusia 56 tahun itu dilihat berdiri di tengah padang dan di bangku penonton seorang diri, namun peminat di media sosial berpendapat Klopp sedang merakam video perpisahan menjelang perlawanan terakhirnya sebagai pengurus.
Seorang penyokong di tempat duduk memuat naik video Klopp di padang dan dia menulis: "Dia hanya berdiri seorang diri di tengah padang dan ia sangat sedih. Dia sedang merenungkan semuanya."
Peminat Liverpool memberi respons kepada video itu, dengan ada yang menyatakan mereka turut bersedih menjelang perpisahan pengendali dari Jerman itu bersama kelab berkenaan.
Seorang peminat berkata: "Video itu mengenai Jurgen Klopp berdiri sendirian di Anfield merenungkan semuanya, ia benar-benar membuat saya terkesan.
"Benar-benar berasa amat sedih. Sembilan tahun adalah sebahagian besar dari hidup kita."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ang-diri-di-anfield |
|
|
|
|
|
|
| |
|