CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6517|Reply: 0

[Johor] Stor simpan diesel diserbu, 20 tangki dirampas

[Copy link]
Post time 16-5-2024 11:54 AM | Show all posts |Read mode

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Muar, Johor merampas 56,520 liter diesel selepas menjalankan serbuan ke atas sebuah stor di Bukit Pasir, Muar, semalam. FOTO KPDN JOHOR

Johor Bahru: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Muar, Johor merampas 56,520 liter diesel selepas menyerbu sebuah stor di Bukit Pasir, Muar, semalam.

Pengarah KPDN Negeri Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu dibuat selepas stor berkenaan disyaki menyimpan diesel tanpa lesen serta permit barang kawalan.

"Kita telah merampas sejumlah minyak diesel dengan anggaran sebanyak 56,520 liter yang mencecah nilai sehingga RM121,518.

"Selain itu, kita turut menyita 20 unit tangki penyimpanan dan alat pemindahan


minyak diesel, sebuah lori, sebuah treler dan tujuh kunci lori serta treler itu yang mana nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM375,518," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, ketika serbuan, stor itu gagal mengemukakan sebarang dokumen seperti lesen serta permit bagi memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan diesel.

Katanya, dua lelaki warga tempatan yang berperanan sebagai pemandu lori dan seorang lelaki warga asing sebagai penjaga stor yang semuanya berusia dalam lingkungan 20-an ditahan bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961," katanya.

Sebelum itu, Lilis Saslinda menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras sindiket penyelewengan subsidi barang kawalan demi kepentingan semua.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -20-tangki-dirampas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.054079 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list