CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11976|Reply: 0

[Kedah] Kekurangan kakitangan hospital berpakar ditangani sebaik mungkin

[Copy link]
Post time 17-5-2024 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Kekurangan kakitangan hospital berpakar ditangani sebaik mungkin

OlehROSHILA MURNI ROSLI

17 Mei 2024 11:19am








Notis bertulisan tangan yang tular di aplikasi X sebelum ini. (Kanan: Dr Norizan)




ALOR SETAR - Isu kekurangan sumber manusia di hospital berpakar akan ditangani dengan sebaik mungkin agar penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah (Kesihatan Awam), Dr Norizan Ahmad berkata, pihaknya mengambil maklum isu tular di media sosial berkaitan satu notis yang dipaparkan di Klinik Pakar Pembedahan di salah sebuah hospital berpakar di negeri ini.



Menurutnya, JKN sentiasa komited dan prihatin dengan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang bermutu kepada pelanggan tanpa menjejaskan kebajikan anggota bertugas.

"Pembahagian sumber manusia di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kategori pakar dan pegawai perubatan di seluruh hospital KKM adalah selari dengan beban tugas semasa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.



Beliau berkata, penempatan pegawai perubatan di sesebuah hospital pula ditentukan oleh pengarah hospital mengikut justifikasi dan keperluan semasa.
"Bagaimana pun isu kekurangan sumber manusia akan ditangani dengan sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
"Selain itu, perkhidmatan Klinik-klinik pakar di hospital berpakar adalah melalui sistem temu janji secara berperingkat dan berjadual bagi mengelakkan isu masa menunggu yang panjang," katanya.

Jelasnya, JKN Kedah dalam masa yang sama sentiasa terbuka untuk sebarang cadangan dan pandangan melalui saluran yang betul demi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada pelanggan.


Sebelum ini, tular di aplikasi X satu notis bertulisan tangan yang didakwa berlaku di sebuah hospital pakar di Kedah.



Notis terbabit menyatakan hospital berkenaan kekurangan doktor dan masa menunggu untuk dirawat adalah sehingga lima jam.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.281918 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list