CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8013|Reply: 20

[Tempatan] 987 bayi yang mempunyai masalah pendengaran tahun lalu

[Copy link]
Post time 19-5-2024 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Dzulkefly (kiri) bersama isteri Datin Seri Azlin Hezri (dua, kiri) berbual-bual dengan kanak-kanak masalah pendengaran di Cyberjaya, hari ini. Turut hadir Presiden Hear Me, Maryam Sakinah Abang Abdullah (tiga, kiri). - Foto BERNAMA





CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) membuat saringan pendengaran kepada 253,822 bayi di 48 hospital tahun lalu, bagi mengesan lebih awal kelahiran yang mempunyai masalah berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata melalui Program Saringan Pendengaran Kanak-kanak Sejagat, yang diperkenal sejak tahun lalu itu, KKM mengesan 987 bayi yang mempunyai masalah pendengaran daripada 253,822 saringan.

"Semua bayi yang didiagnos dengan masalah pendengaran ini sedang menjalani rawatan dan intervensi yang diperlukan.

"Ini sekaligus menunjukkan sebanyak empat bayi bagi setiap 1,000 kelahiran mempunyai masalah pendengaran kongenital di negara ini, manakala bagi dewasa pula, ia mewakili satu dalam 20 individu.

"Kita melakukan saringan sejak awal membabitkan 253,822 bayi daripada keseluruhan 305,220 kelahiran tahun lalu bagi mengenal pasti masalah, sebelum mendapatkan nasihat pakar termasuk bagi proses intervensi implan koklea," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pertandingan Bakat Amal Hear Me's Got Talent 2024.

Implan koklea ialah intervensi multidisiplin yang memerlukan pembabitan beberapa perkhidmatan kepakaran otorinolaringologi, audiologis, dan terapi pertuturan.

Dr Dzulkefly berkata, program saringan membabitkan bayi berusia di bawah 29 hari itu akan diperluas kepada 61 hospital awam di seluruh negara, tahun ini.

Beliau berkata, melalui program implan koklea KKM sejak 2019 hingga 2023 pula, sebanyak 272 unit dipasang dengan perbelanjaan kira-kira RM21 juta.

Katanya, selain itu, sehingga April lalu, seramai 766 murid yang memakai alat bantuan pendengaran, manakala 85 murid dipasang implan koklea berpeluang belajar di aliran perdana.

Dr Dzulkefly berkata, beliau tidak mahu masyarakat meletakkan sitgma 'pekak' atau mempunyai pandangan stereotaip terhadap individu atau kanak-kanak yang memakai alat bantuan pendengaran.

"Kita mahu masyarakat menerima mereka kerana mereka ada potensi untuk hidup seperti individu normal. Itu yang saya mahukan.

"Jangan stigmakan atau stereotaip terhadap kanak-kanak yang memakai alat bantuan pendengaran sebagai orang pekak kerana itu suatu yang tidak wajar," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 01:26 PM | Show all posts
beliau tidak mahu masyarakat meletakkan sitgma 'pekak' atau mempunyai pandangan stereotaip terhadap individu atau kanak-kanak yang memakai alat bantuan pendengaran.

Jangan nanti perkataan 'pekak' pun menerima nasib macam perkataan 'keling' dan 'indon' ujung2 minta dikeluarkan dari kamus sudah la.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pakai hearing aid atau koklea boleh dgr je mcm biasa. So mmg bkn katagori pekak la. Mcm org rabun pakai spek, ade ke kita panggil deorg buta? Tak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus sebenarnya buat ujian Ni masa baby
Masa adek iols kecik2.takde LG ujian Ni..
Dah beso Baru tau Ada masalah pendengaran..
Bila buat ujian audio..hampir 0 katanya bila.bunyi.slow tu..
Doc sarankan pakai alat bantuan pendengaran..
Kecik je..MCM pakai bluetooth
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 19-5-2024 10:20 PM
Bagus sebenarnya buat ujian Ni masa baby
Masa adek iols kecik2.takde LG ujian Ni..
Dah beso Baru tau ...

Betul. Anak jiran i bawah 2 yo dah detect, pakai hearing aid time kecik2 je. Da remaja tak perlu pakai dah, kecik2 katanya selalu pegi speech teraphy. Hearing ni boleh je di train, Paling elok pakai bawah 5 yo, sbb 5yo kebawah la perkembangan bahasa budak2 paling bnyk.

Tu yg mostly budak2 yg pakai hearing aid or implan yg detect awal, boleh je msk aliran perdana. Tiada istilah pekak utk budak2 yg pakai hearing aid ni. Boleh hidup mcm budak2 lain je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 06:49 AM | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 20-5-2024 06:56 AM



Yg pompuan booeh dipanggil Bini pak mat tempeh..

Yg lelaki boleh dipanggil Sound Rosak...

Takda sebutan pekak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2024 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 19-5-2024 10:20 PM
Bagus sebenarnya buat ujian Ni masa baby
Masa adek iols kecik2.takde LG ujian Ni..
Dah beso Baru tau ...

Kalo dlm kes ko...walaupun bukan pekak tuli...tapi PEKAK BADAK....masih boleh dipanggil pekak kheunz?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 20-5-2024 06:59 AM
Kalo dlm kes ko...walaupun bukan pekak tuli...tapi PEKAK BADAK....masih boleh dipanggil pekak kheu ...

Hahaha
Aku Masih okay Saja..
Tapi bagi Aku ujian Ni Bagus untuk kesian budak2 yang Ada masalah pendengaran
Maybe ko juga boleh Cuba ujian Ni di hospital..
Senang je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 07:56 AM | Show all posts
shernazz replied at 20-5-2024 07:36 AM
Hahaha
Aku Masih okay Saja..
Tapi bagi Aku ujian Ni Bagus untuk kesian budak2 yang Ada masalah pen ...



Syukran bagi aku sejauh ini


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 09:10 AM | Show all posts
maksudnya apa?
kes korang bukak tv sekuat2 tidak ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 19-5-2024 11:43 PM
Betul. Anak jiran i bawah 2 yo dah detect, pakai hearing aid time kecik2 je. Da remaja tak perlu p ...

Kan...
Alhamdulillah..dah okay kan
Adik iols lambat dikesan..haha..
Mujur semua ditanggung oleh company dia bekerja...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 21-5-2024 07:23 AM
Kan...
Alhamdulillah..dah okay kan
Adik iols lambat dikesan..haha..

Takpe pun. Kongnitif semua ok kan. Boleh hidup berdikari alhamdulillah.

Zmn Skrg bagus. psl speech delay pun bnyk dah rakyat msia alert, i baca salah 1 yg wajib kt hospital gomen, buat test pendengaran if budak2 lmbt ckp. So kalau detect awal ada masalah, cpt pakai hearing aid/implan, boleh je berkomunikasi mcm org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 21-5-2024 06:50 PM
Takpe pun. Kongnitif semua ok kan. Boleh hidup berdikari alhamdulillah.

Zmn Skrg bagus. psl speec ...

Yea..skang depa Ada buat ujian utk kesian autism juga tau..
Untuk semua budak2...
Bagus kkm cakna isu isu sebegini buat kanak2
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 01:35 PM | Show all posts
Edited by bakawali_04 at 23-5-2024 01:36 PM
allshares replied at 21-5-2024 06:50 PM
Takpe pun. Kongnitif semua ok kan. Boleh hidup berdikari alhamdulillah.

Zmn Skrg bagus. psl speec ...

zaman anak ai
yang lahir tahun 2021
baby yang lahir masa tu
detect kuning
duk bawah lampu kat NICU
mmg kena gi test hearing
anak ai 4 bulan dah dapat appoitment HSA
utk check up
sbb anak bongsu nieterpaling lama di NICU
prolong jaundice


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 04:23 PM | Show all posts
allshares replied at 19-5-2024 03:06 PM
Yg pakai hearing aid atau koklea boleh dgr je mcm biasa. So mmg bkn katagori pekak la. Mcm org rabun ...

dok pakai bateri ada gak limitnya.tambahan lagi time ujan terpaksa off
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak asuhan i umur 4y dh tantrum hari2.. klu x dpt apa dia nak, dia xkn stop tantrum.. baling2 brg duk oh no my toys.. padahal toy ank sy dia amek,xboleh sentuh dah.. nak pulak toys feveret ank sy.. so ank sy pon sama naik.. padahal ank sy jenis yg suka sharing barang.. 1 toys tu je dia syg.. habes ngamuk teruk melalak.. normal ke? Hari2 mcm tu.. x jaga kesian pulak mak dia pjj.. mak ayah dia tgh x sihat, sbb tu sy tlg asuh siang je.. xleh mrh atau tegur .. klu ikot ckp dia baru dia ok.. mak dia kata ank dia dh pandai baca, kenal huruf jawi cmtu . Saja la tanya2 jgk sbb mak dia takut ank dia lupa klu x tlg ajar.. tp satu apa x bunyi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 05:38 PM | Show all posts
Chah21 replied at 23-5-2024 04:51 PM
Anak asuhan i umur 4y dh tantrum hari2.. klu x dpt apa dia nak, dia xkn stop tantrum.. baling2 brg d ...

autisme kot.bawak check doktor
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnDeSouza replied at 23-5-2024 05:38 PM
autisme kot.bawak check doktor

Yeke . Sbb ni dgn tok dia elok je dia interaksi.. sbb tok dia melayan.. i ada sepupu yg autisme 2 org x layan sgt bila org ckp..
Mak dia kta sbb msa baby lmbt dengar
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
JohnDeSouza replied at 23-5-2024 04:23 PM
dok pakai bateri ada gak limitnya.tambahan lagi time ujan terpaksa off

Kenapa kena off eh kalau hujan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 12:46 AM | Show all posts
allshares replied at 24-5-2024 12:35 AM
Kenapa kena off eh kalau hujan?

x mau kena air ujan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.071353 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list