CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6152|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Enam individu diambil keterangan susulan penemuan mayat bayi

[Copy link]
Post time 19-5-2024 02:41 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Polis sudah mengambil keterangan daripada enam individu berhubung penemuan mayat bayi perempuan yang ditemui di bawah sebuah kereta Proton Iswara di tempat letak kenderaan Apartmen Putra Ria, Pantai Dalam, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, bagaimanapun setakat ini polis masih belum menahan individu yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

"Setakat ini, masih belum ada tangkapan dan kami memerlukan maklumat daripada orang ramai bagi membantu siasatan.

"Polis juga masih menunggu laporan penuh hasil bedah siasat yang dilakukan di Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam bungkusan kain di bawah Proton Iswara di tempat letak kenderaan apartmen berkenaan.

Mayat bayi itu didapati mempunyai kesan kecederaan di pipi kiri.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... penemuan-mayat-bayi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.048388 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list