CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9642|Reply: 0

[Perak] Pemilik premis cuci kereta didakwa gaji 5 warga asing tanpa permit

[Copy link]
Post time 20-5-2024 11:33 AM | Show all posts |Read mode

Pemilik premis cucian kereta, Loh Seck Cheong dituduh menggaji lima lelaki warga Myanmar tanpa permit yang sah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan, di sini, hari ini. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.

Teluk Intan: Pemilik premis cucian kereta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menggaji lima warga asing tanpa permit, dua minggu lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Loh Seck Cheong, 44, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu dituduh mengambil kerja lima lelaki warga Myanmar berusia 22 hingga 30 tahun yang tidak memiliki suatu pas atau permit yang sah di sebuah premis cucian kereta di Taman Mas Falim, Ipoh pada 3.10 petang, 7 Mei lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi tiap seorang yang diambil bekerja, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak Nur Farhana Hashim, manakala tertuduh diwakili peguam, Charanjit Singh Gurdev Singh.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Hakim menetapkan sebutan semula kes itu pada 18 Jun depan bagi serahan dokumen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -asing-tanpa-permit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.062622 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list