CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9548|Reply: 0

[Selangor] Siasatan tipu pelaburan sudah lengkap, polis kesan Datuk Seri

[Copy link]
Post time 20-5-2024 11:37 AM | Show all posts |Read mode

Petaling Jaya: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan dan kini sedang mengesan suspek utama iaitu seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang menipu pelabur berkaitan projek teknologi hijau, biodiesel, teknologi nano dan sektor pembinaan dengan nilai pelaburan RM20 bilion.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya sedang mengesan suspek utama yang menghilangkan diri.

Menurutnya, maklumat suspek sudah diberikan kepada pasukan operasi untuk mengesan seterusnya menahan suspek.

"Pembabitan seorang pensyarah wanita pula dalam kes ini akan diketahui selepas suspek utama ditahan.


"Kertas siasatan seterusnya akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas suspek ditahan," katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mendakwa dirinya pernah menetap di Denmark selama 20 tahun dan berkelulusan doktor falsafah (Phd) di sebuah universiti di negara terbabit serta mempunyai rakan kerjasama dengan sebuah syarikat peneraju teknologi hijau di Denmark.

Itu helah seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang mendakwa syarikatnya mempunyai kepakaran dalam pembangunan projek teknologi hijau, biodiesel, teknologi nano dan sektor pembinaan untuk menarik pelabur dengan menjanjikan pulangan lumayan.

Malah, bagi meyakinkan mangsa, dia bersama beberapa rakannya menubuhkan beberapa syarikat berasingan selain melantik seorang pensyarah kanan wanita dari universiti awam (UA) berusia 40-an yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu sebagai penasihat syarikat serta mencari orang ramai yang ingin melabur dalam projek pembangunan bandar teknologi hijau di Raub, Pahang dan KXP Kulim, Kedah.

Bagi meyakinkan pelabur, lelaki itu bersama rakan kongsinya termasuk pensyarah terbabit akan membentangkan kertas kerja berkaitan projek terbabit yang dianggarkan bernilai RM20 bilion.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... is-kesan-datuk-seri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 8766 Replies : 72
????????แทงบอลเว็บไหนดี????(Line: @222c) ????แทงบอลยูโรออนไลน์ UFABET222 ????????
Pimpilai????????แทงบอลเว็บไหนดี??
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 220043 Replies : 5385
Bertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga RM1.25 Trilion Ditemui Di Sarawak
YgBenarBertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga
Views : 3149 Replies : 44
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 17231 Replies : 82
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27313 Replies : 110
Hati-Hati Ketika BerSELFIE ~~~
lucky_peaceHati-Hati Ketika BerSELFIE ~~~
Views : 45737 Replies : 134
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73826 Replies : 327
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19858 Replies : 103
iols Busy....uols Busy Tak?
Ximiols Busy....uols Busy Tak?
Views : 15577 Replies : 70

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.050141 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list